Thursday, 17 December 2020

HRDF&Covid19: Kursus Kulinari Siri 1 - Masakan Asia

Mereka dari Latar belakang berbeza, Mereka ada cerita, Impian kami Sama. 


Assalammualaikum dan selamat sejahtera...  dah lama admin tidak bersiaran kan... sibuk dengan tugas hakiki.. sehingga lupa catatan diari..Amboi intro...kelasss ko jahhh!!! 

Di kala covid ni.. admin percaya semua terkesan, beza nya kita diuji dengan ujian yg sangat berbeza, samaada kuat untuk berjuang sendiri bersama keluarga mahupun meminta simpati untuk teruskan hidup ini..namun, jangan  mudah untuk kecam,  jika anda tidak di uji..  ha gittewwww...

Apa macam sedih je ni.. kesan covid la ni kan..xsyokk la cmni..ok tukar mood karang la.. 

Disember 2020 admin ada lah join program Masakan Kulinari anjuran HRDF bekerjasama dengan Spectrum Education College di Puchong ..

Apa itu HRDF? yg bole admin rumuskan dan faham adalah program anjuran Kerajaan bagi golongan B40 dengan menawarkan pembelajaran skill kemahiran dan pengetahuan keusahawan dalam peningkatan pendapatan secara percuma..penginapan tidak disediakan tetapi perbelanjaan elaun makan atau perjalanan diberikan.kalau saya salah..korg boleh baca cari info di Google ye..atau link ni https://penjanahrdf.trainings.com.my/b40-development/
Makanya admin pun pilih dan berminat kursus masakan kulinari iaitu 'masakan asia dan western'.. 1lagi tu mungkin la bakery,kuih dan kek.. tapi xtau bila lagi kelas nya..yang syoknya peralatan memasak seperti apron,topi,pisau, barang yg kita guna kat dapur tu kita terima.. jadi nya,kalau korang pilih kursus solekan nanti dapatlah box span untuk solek tu kot..kalau kursus elektrik dapatlah skrudriver ke kan.. andai dah habis kursus ni terpulang kita nk buat niaga atau untuk keluarga. Diorang mengajar yang Asas sahaja tapi tetap ada sijil dan di iktiraf.
Program ni dijalankan selama 6hari.. macam2 la kursus yg ditawarkan.. dan limit seorang hanya bole join 2kursus sahaja ye..lebih tu  kalau ada rezeki boleh join.. kalau x, bagi peluang pada orang lain pulak ye.. tapi dorg ajar asas sahaja la.. basic.. jgn pulak ko kecam dorg ajar mcm level diploma degree..dah la free..banyak bunyik pulak ye... 

Hari Per 1: 11/12/2020 

(Teori:Rules and Procedure & Do's and Don't in the kitchen)

kami di 'briefing' oleh Puan Hajar sebagai consultant yg mana beliau berkongsi pengalaman belajar, berniaga, jatuh bangun  semasa jalankan perniagaan..jadi kelas hari pertama hanya teori sahaja lah,sesi suai kenal kami kongsi pengalaman masing2.. nak cerita ada yg sedih kesian.. tapi hidup kena teruskan..anak2 admin...laki den la jaga.. hahaha

hari pertama ..semua serius..takot makkk


Hari ke 2: 12/12/2020 

(Ukiran Hiasan dan Nasi Goreng Ulam)

hari kedua ni kami bermain dalam 'kitchen'.. sesi pagi kami belajar ukiran dr sayuran untuk buat hiasan.. masa ni la bole tau kita berseni ke tidak ye.. heheheh sesi petang baru la kami bertukang di dapur..agak rasa la mcm chef..kononnya la.. kitchen masak pun dah macam ala2 hotel uolls.... besar stove dia.. fuh kesana kesini kesana kesini.. ye la kejar masa nak masak, berebut barang dan bahan masakan.. memang sebiji macam program masakan masterchef tu.. selesai masak, cikgu Puan Hajar rasa dan bagi komen, boleh lah kami makan dan 'tapau'.

penyerahan apron,pilar dan pisau ukir

kusyuk kakak abang kita mengukur..jaga2 tangan tu..kurang hantaran kahwin nanti..upsss
masing2 taknak kalah tunjuk hasil masakan

admin share resepi ye..kalau xnampak ..mr.google kan ada heheheh


hari ke2 ni admin terpaksa bawak ank yg 3bulan tu..bayangkan semalamnya dia refuse botol.. membazir admin pam buat stok ala2 ibu bekerjaya..namun,hampeh.. ye la dah biasa direct maunye nk botol.. tapi admin dah minta kebenaran tenaga pengajar..alhamdulillah beliau faham situasi admin ni ha.. terimakasih sangat staff/keluarga Pn.hajar tgkkn anak ni. 

ni la dilema mak2 suri rumah kan.. kena hangkuttt juga handbeg kemana sahaja..


Hari ke 3: 13/12/2020

(Tom Yam Gong dan Kari Ayam Indian Style)

Hari ke3 ni agak penat sikit la. Pagi kami masak petang pun kami masak dia punya penat xpayah ceritalah kan..tapi seronok part tapau lauk..boleh makan dengan anak2 dan suami..romantik gittew.. haaa.. ko hado???terpulang pada kita samaada masakan tu nak makan situ atau bungkus bawa balik pun boleh.. tapau apa yang kami masak la.. kalau tapau lauk orang lain... x hagak hagak ko kan.... heeee

cerianya mereka main masak-masak

tomyam gong ni dia xpakai santan tau..dia pakai susu cair.. sebenarnye..lagi banyak 'sampah'(lengkuas,serai,halia dll) lagi sedap berbanding kita blend semua bahan.

ni kari bukan sebarang kari..ini kari mamak juga 'aney, kari mamak wonney'

kari india pulak cicah dengan roti canai...fuhhh mabeles.. terimakasih kak ros yg sponsor karipap+roti canai.. sedap.. mestilah sedap, freeeee heheheheh 

tiba lah saat balik rumah.. balik rumah tu...eh lupa..arini hari anibersary admin.  sampai sudah hadiah kejutan untuk suami tercinta..haaa gittewww ala simple2 je.. photocanvas harga mampu beli..kalau mahal2 mampu tengok jela..ye dak....

gambar sama tapi gelagat 3hero berbeza


ok itu sahaja lah untuk 3hari yang pertama.. 3hari kedua tu nanti tunggu siri kedua pulak ye.. terimakasih memberi masa anda dengan membaca blog adikfira ini.. jumpa lagi...wasalam
























1 comment:

Unknown said...

😘😍🌹🌹🌹