Thursday, 28 November 2019

Kem Tahfiz AsSunnah:Kem Smart Solat & Tahsin Ibadah Pengisian anak-anak cuti sekolah.

Assalammualaikum W. B. T

Dah lama rasa nya admin xupdate blog ni, tetiba rindu.. Bz ya Amat... uolls sihat?? Semoga sgala kerja berjalan dgn lancar dan jayanya.. Insyaallah, amin.. 

Bila cuti skolah ni, admin pn xtau nak pergi mana, habis la serata KL ni merayau, stakat window shopping tu apa la sangat ye dak.. 
Jadi bosan punya pasal, en. husband sibuk je walhal cuti sekolah, rupa ye sibuk kem Tahfiz disekolah dia.. 

Bagus juga kan, adalah Pengisian akhlak Ibadah anak2 semasa cuti sekolah dari hadap TV dan handphone je kan.. Tak de lah aktiviti xberfaedah kat rumah tu ye dak

Kem ni adalah Kem Smart Solat ala2 macam kem tahfis la anjuran Kafa Putrajaya Presint 11(2) yang mana program tersebut selama 2minggu..program ini adalah berjumlah rm300 untuk 2minggu..tapi kalau penyertaan seminggu rm160 gitu.. Masa sangat fleksible iaitu pada hari Isnin-Jumaat iaitu pada pukul 7pagi-5petang. 

Kira lepas asar tu dah settle sembahyang berjemaah, makan minum petang then dah boleh balik la tunggu parent memasing balik kerja and pickup anak2. 

Digalakkan bawa bantal kerana ada diberi slot tidur sebentar (take a nap) selama 45minit sebelum zohor untuk anak2 rehatkan mental dan fizikal.. Tak da lah stress sangat jadual nya kan.. Relaks je gitu.. Makan disediakan 3kali sehari iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan minum petang.  Umur pula adalah dari 7tahun sehingga 12tahun. Terbuka kepada Murid lelaki dan perempuan. 

Kalau tengak tentatif program seperti gambar diatas ada slot macam2 ada seperti memanah, explorace, mandi jenazah, kafan dan solat jenazah dan lain-lain lagi. 

Proses solat jenazah
Tentatif program Kem Smart Solat

Explorace
Belajar memanah
Proses memandikan jenazah 
Proses mengkafan jenazah 


Untuk minggu kedua kem ini (2-6 disember 2019)masih Terbuka bagi sesiapa yang berminat. 
Jika ada yang berminat untuk me masukkan anak anda ke kem ini boleh la hubungi :

ketua pengarah program Kafa Skpp 11(2)
Ustaz Rodi 
talian@wasap 0148206351

Sekian, Terimakasih sudi membaca!! 

No comments: