Monday, 15 May 2017

Sepetang Bersama Blogger 2017 merapatkan jurang Pemisah antara Blogger!

Assalammualaikum w.b.t pembaca setia he3 ada ke pembaca setia? Syokk sendiri pun boleh lah..

Amboi tajuk article macam poyo2 je gitu kan..jurang pemisah la konon..jurang2 cinta..cewah.. yang mana jauh kasi rapat, yang mana rapat kasi dekat, Mari3x!! Haaa dah macam announcement kat pasar malam beli ikan.. ko hado???.. ye lah jurang pemisah lah.. blogger newbie berkenalan dengan blogger senior.. yang senior dapat jodoh dikalangan blogger jugak...ehhh
Sumber gambar dari mawardi yunus
Sabtu lepas pada 13 mei 2017 adalah kali pertama admin join bengkel ni.. iaitu Sepetang Bersama Blogger 2017 atau SBB2017... dahla pertama kali.. rupanya buat terakhir kali jugak... first n last... adoi xde rezeki la tahun depan gamaknya nak jumpa kawan2 blogger nak dapat hadiah cabutan bertuah macam2 lagilah.. kenapala dari dulu admin xjoinkan.. dulu perasan jugak event ni tapi takot2 je.. sebab ingtkan blogger yang aktif je.. rupanya 'open to public', sapa2 pn boleb join..
Para blogger yang terlibat menjayakan SBB2017
SBB2017 ni ada sesi siang dan malam..untuk sesi siang bengkel timba ilmu lah.. pengalaman blogger senior 'Mahamahu.com' dan 'cikliliputih.com' berkongsi dalam mengharungi cabaran onak duri pahit getir dari blog dorg xde apa2 sehingga blog dorg popular, dapat plak kata2 nasihat dr peneraju Denaihati iaitu Tuan Haji Amir.. tapi yang paling terkesan pada admin iaitu Datuk Faridah Harun atau dikenali IbuHanim.. terasa macam blogger professional pulak bila sesi bersama En.Lokman Hakim  tentang etika blogger dan ada sedikit isi penting mengenai Personal Branding. Dah macam ala2 bengkel penulisan pulakkan..
Bersama Pengasas Denaihati Tuan Haji Amir
So far memang berbaloi la join SBB2017 ni sebab apa2 yang admin musykil tentang blog persoalan2 yang xterjawab semua dah terhurai...haaa.. yela admin ni blogger cikai je.. blog wujud pn tahun 2010 sebab mula2 tu luahan kisah arwah mak admin meninggalkan..lepas tu berzaman ler bersawang blog ni..mana nak aktif.. admin pun bukan lah blogger berbayar pun macam senior2 masih newbie lagi..
The way she talk really inspire me-IbuHanim
Sesi malam pulak memang admin xdapat join lah.. maklumlah ada anak kecil..kalau boleh bawak dah lama admin angkut ye dakkk..tapi sebab xnak rosakkan majlis orang.. admin jadi single beberapa jam je la..hahahaha padahal sesi malam tu la yang admin dengar lagi happeningkan macam2 hadiah cabutan bertuah dapat..xpelah xde rezeki admin.. apa nak heboh...kan?? Bunyi macam kecewa...

Lagi meriah bila dapat tudung brand ibawal free seramai 30orang konsep 'Sapa Cepat Dia Dapat'.. admin nak berebut memang idok lerrr..dah la duduk sit tengah auditorium tu nak keluar susah dan admin pulak xpakai tudung licin... jadi beruntung sape yang dapat tudung iBawal free kan... kiter bagi chance kat dorg yang layak..
Pinjam blogger opahjelita.com sebagai model.. aiscream admin dah ngap dulu xsempat nak amik gambo
Minum petang pulak free sebab disponsor oleh yeos serta ais cream upin ipin.. mestilah sedap dan best..sebab Free...kikikiki tapi lagi yang bertuah tu kalau dapat pakai henpon GT Mobile.. huntunglaaaa!!!
Selamat Berkenalan Awak!
Yang menariknya pengalaman admin pada haritu bila admin tanpa segan silu berborak berkenalan dengan dorang bertukar2 business card (untuk tambah networking) dan kenal lagi ramai blogger senior dan newbie. Ye la.. kat tempat baru kan..xbolehla nak malu pendiam borak2 pun dengan orang yang kiter kenal je.. bila lagi nak keluar dari kepompog zon selesa..
Sponsored event-Terima Kasih
Puas dah membebel sampai xde idea dah ni.. apa2 pun SBB2017 ni memang sangat Best!!! Dan terima kasih pada pihak2 yang sponsor tempat dewan auditariom Matic, makan minum, tudung iBawal, talifon bimbit GT Mobile dan juga akhir sekali terima kasih kerana mewujudkan event yang amat bermakna ini.. kepada Pengasas Denaihati Network Tuan Haji Amir dan krew2 Denaihati kerana telah banyak menyumbang dari segi masa dan kerahan tenaga kalian untuk buat majlis ini meriah terutamanya abg hisyamuddin dek melayan kerenah soalan saya yang merapu2 di facebook..hahahah.. Terima kasih sekali lagi.  Sekian...






No comments: