Friday, 5 May 2017

Kidzoona: Taman Tema Indoor Playground semurah RM12 sepanjang hari!!

Assalammualaikum...

Haaaa... admin nak share ni.. kidzoona dah lama den perati yo... tiap kali lalu bikin panas line beb! Bila nak pergi bawak anak yang sorang ni kan..macam2 hal.. die tido la.. mak die pun tido la..eh.. hari hujanla.. mak dia malas keluar la..aish macam2 alasan la..


Tapi hari ni xbole jadi...kesian dok terperap kat uma.. anak orang lain yang dok taska atleast ada kawan2 kan.. yang sorg ni dok tunggu abinya la kalau nak main pn..maknye.. xkuasa nak main.. tengok korea je lebih....heeeee

Sebab dek kesian maka arini kena keluar rumah jugak.. keluar awal sikitla atleast harga tu berbaloi berapa jam main kan sebelum balik.. dibawah sedikt info tentang kidzoona branch yang admin pergi.. dia ada beberapa cawangan..jadi diantaranya cawangan yang admin pergi ni la.

Kidzoona cawangan sri kembangan
Aeon Jusco Taman Equine Park,Level G

Harga tiket:
Kanak2 RM12 1tahun dan keatas
Dewasa percuma
waktu operasi:10pagi-9.30malam
Hari: isnin - ahad
*stokin wajib pakai bagi kanak2 dan penjaga
*bagi kanak2 ketinggian 135cm keatas tidak dibenarkan masuk kecuali sebagai penjaga
*wifi free bakkk angggg!!
*ciri2 keselamatan yang dijamin


Yang bestnya kidzoona ni.. kalau kita pergi toilet atau surau ke pergi makan kejap ke dah keluar masih boleh masuk semula..main la anak2 korang sampai lebamm!!! Boleh juga bawak masuk air makanan dan minuman tetapi makan di tempat yang disediakan..


Korang pn agak2la bawak makanan yang simple2 suda.. jangan korang hangkut maknan mcm pergi picnic pulak mmg berkampung 10pg-9.30mlm.. ape dah reti nak balikkkk...

Tu jelah nak membebel... sila nikmati gambar2 anak admin dan pemandangan dalam kidzoona ni.

Sekian..terima kasih meluangkan masa anda membaca entry ini.

Nukilan
Adikfira
5 mei 2017
3.35pm

No comments: