Monday, 15 May 2017

Sepetang Bersama Blogger 2017 merapatkan jurang Pemisah antara Blogger!

Assalammualaikum w.b.t pembaca setia he3 ada ke pembaca setia? Syokk sendiri pun boleh lah..

Amboi tajuk article macam poyo2 je gitu kan..jurang pemisah la konon..jurang2 cinta..cewah.. yang mana jauh kasi rapat, yang mana rapat kasi dekat, Mari3x!! Haaa dah macam announcement kat pasar malam beli ikan.. ko hado???.. ye lah jurang pemisah lah.. blogger newbie berkenalan dengan blogger senior.. yang senior dapat jodoh dikalangan blogger jugak...ehhh
Sumber gambar dari mawardi yunus
Sabtu lepas pada 13 mei 2017 adalah kali pertama admin join bengkel ni.. iaitu Sepetang Bersama Blogger 2017 atau SBB2017... dahla pertama kali.. rupanya buat terakhir kali jugak... first n last... adoi xde rezeki la tahun depan gamaknya nak jumpa kawan2 blogger nak dapat hadiah cabutan bertuah macam2 lagilah.. kenapala dari dulu admin xjoinkan.. dulu perasan jugak event ni tapi takot2 je.. sebab ingtkan blogger yang aktif je.. rupanya 'open to public', sapa2 pn boleb join..
Para blogger yang terlibat menjayakan SBB2017
SBB2017 ni ada sesi siang dan malam..untuk sesi siang bengkel timba ilmu lah.. pengalaman blogger senior 'Mahamahu.com' dan 'cikliliputih.com' berkongsi dalam mengharungi cabaran onak duri pahit getir dari blog dorg xde apa2 sehingga blog dorg popular, dapat plak kata2 nasihat dr peneraju Denaihati iaitu Tuan Haji Amir.. tapi yang paling terkesan pada admin iaitu Datuk Faridah Harun atau dikenali IbuHanim.. terasa macam blogger professional pulak bila sesi bersama En.Lokman Hakim  tentang etika blogger dan ada sedikit isi penting mengenai Personal Branding. Dah macam ala2 bengkel penulisan pulakkan..
Bersama Pengasas Denaihati Tuan Haji Amir
So far memang berbaloi la join SBB2017 ni sebab apa2 yang admin musykil tentang blog persoalan2 yang xterjawab semua dah terhurai...haaa.. yela admin ni blogger cikai je.. blog wujud pn tahun 2010 sebab mula2 tu luahan kisah arwah mak admin meninggalkan..lepas tu berzaman ler bersawang blog ni..mana nak aktif.. admin pun bukan lah blogger berbayar pun macam senior2 masih newbie lagi..
The way she talk really inspire me-IbuHanim
Sesi malam pulak memang admin xdapat join lah.. maklumlah ada anak kecil..kalau boleh bawak dah lama admin angkut ye dakkk..tapi sebab xnak rosakkan majlis orang.. admin jadi single beberapa jam je la..hahahaha padahal sesi malam tu la yang admin dengar lagi happeningkan macam2 hadiah cabutan bertuah dapat..xpelah xde rezeki admin.. apa nak heboh...kan?? Bunyi macam kecewa...

Lagi meriah bila dapat tudung brand ibawal free seramai 30orang konsep 'Sapa Cepat Dia Dapat'.. admin nak berebut memang idok lerrr..dah la duduk sit tengah auditorium tu nak keluar susah dan admin pulak xpakai tudung licin... jadi beruntung sape yang dapat tudung iBawal free kan... kiter bagi chance kat dorg yang layak..
Pinjam blogger opahjelita.com sebagai model.. aiscream admin dah ngap dulu xsempat nak amik gambo
Minum petang pulak free sebab disponsor oleh yeos serta ais cream upin ipin.. mestilah sedap dan best..sebab Free...kikikiki tapi lagi yang bertuah tu kalau dapat pakai henpon GT Mobile.. huntunglaaaa!!!
Selamat Berkenalan Awak!
Yang menariknya pengalaman admin pada haritu bila admin tanpa segan silu berborak berkenalan dengan dorang bertukar2 business card (untuk tambah networking) dan kenal lagi ramai blogger senior dan newbie. Ye la.. kat tempat baru kan..xbolehla nak malu pendiam borak2 pun dengan orang yang kiter kenal je.. bila lagi nak keluar dari kepompog zon selesa..
Sponsored event-Terima Kasih
Puas dah membebel sampai xde idea dah ni.. apa2 pun SBB2017 ni memang sangat Best!!! Dan terima kasih pada pihak2 yang sponsor tempat dewan auditariom Matic, makan minum, tudung iBawal, talifon bimbit GT Mobile dan juga akhir sekali terima kasih kerana mewujudkan event yang amat bermakna ini.. kepada Pengasas Denaihati Network Tuan Haji Amir dan krew2 Denaihati kerana telah banyak menyumbang dari segi masa dan kerahan tenaga kalian untuk buat majlis ini meriah terutamanya abg hisyamuddin dek melayan kerenah soalan saya yang merapu2 di facebook..hahahah.. Terima kasih sekali lagi.  Sekian...






Dapatkan 'Business Card' anda seawal 4hari!

Assalammualaikum w.b.t
Admin saje nak share citer ni hehehe Admin haritu adalah kelam kabut buat Business Card, so buat post di FB sapa2 ada contact orang berniaga business card yang boleh buat cepat kan... maklumla event blogger masa tu lagi seminggu.. memang ada masa hanya tinggal seminggu... fuh ramai plak suggest itu ini maka admin plak mesti nak survey harga dan berapa pieces sume kan.. ada yang suggest jauh tapi bile pikir balik takut xsampai kad tu lewat.. dapat kad lepas event xsyok la pergi tangan kosongkan.. orang bertukar2 kad kita xtukar apa2.
Contoh business card admin yang dah siap..lagi cantik tengok real kot.. gambar ni spoil sebenarnya..ececece
Maka, ada akak sepupu admin bagila.contact En.Shamsul ni... paling lewat 4hari katanya..  urusan buat Business card ni melalui wasap2 je dengan en.sham ni... saya lambat balas dia pun lambat balas...almaklumla saya nk uruskan buat niaga roti,urus anak n suami , en.sham plak dia ada meeting la kena attend conventionla.. sedar2 dah siap..
Kad kahwin dulu2 sbg contoh

En.sham ni akan bagitau hargala yang mana kita nak kan.. matt lamination ke 1 side or 2 side uv-protection ke apa benda alah tu suma nanti dia explain la... dalam pada tu die suruh hanta la artwork..

Gambaran scatch 
Alamak apa kejadah artwork tu kan..xreti plak admin kita xder balaja pasal tu.. yang tau gambar tu save dalam jpeg. Ke tau la... nak buat artwork on xtau kat application atau software mana..so dia suruh scatch kan idea kad kita di atas kertas..admin senang je..suka sangat ala2 classic kan..teringatkan kad kahwin admin dlu bentuk design sampul surat classic..so scacthla business card ala2 macam tu..

Artwork
Dalam ari ke2 atau ke 3 lepas tu die anta gambar artwork la ..so dari situ kita semak ejaan betul atau x..simbol ke tak...  ari ke 3 dah siap die pn proceed print ...maka hari ke 4 pn siapla business card admin...  harga semua nanti en.sham bgtaula harga postage skalikan.. tup2 sampai rumah da... tapi oleh sebab admin nak cepat...en.sham decide kedai print tu hantar ke en.sham so admin sendirila self pickup kt en.sham...berjumpa lah akhirnya dengan orang nya yang selama ni berurusan di wasap je..lupa pulak nak nak amik gambar..amik business kad je la..
Contoh 1side uv protection- bahagian tulisan ay akan timbul
Dapat je business card, I is excited u.. cantik... xsia2 buat kat en.sham kan.. kira rasa macam berKualiti sangat hasil kerjanya.. bawah ni adalah contact en.shamsul la kalau korang berminat untuk buat 'Business Card' korang... harga admin xnak letak ye jadual harga+berapa pieces.. nanti korang deal la sendiri dengan en.sham... upah artwork kad admin rm20 je..upah bergantung kepada kesesuaian design susah atau senang untuk en.sham tu buat..  kira berubah kira harga upah buat artwork nya.. tapi kalau korang dah ada artworknya lagi senang terus proceed print je kan..silap2 boleh dapat lagi awal dari 4hari...hohoho.memandaj nye admin ni. Ok sekian terima kasih meluangkan masa baca entry ni. 




Friday, 5 May 2017

Kidzoona: Taman Tema Indoor Playground semurah RM12 sepanjang hari!!

Assalammualaikum...

Haaaa... admin nak share ni.. kidzoona dah lama den perati yo... tiap kali lalu bikin panas line beb! Bila nak pergi bawak anak yang sorang ni kan..macam2 hal.. die tido la.. mak die pun tido la..eh.. hari hujanla.. mak dia malas keluar la..aish macam2 alasan la..


Tapi hari ni xbole jadi...kesian dok terperap kat uma.. anak orang lain yang dok taska atleast ada kawan2 kan.. yang sorg ni dok tunggu abinya la kalau nak main pn..maknye.. xkuasa nak main.. tengok korea je lebih....heeeee

Sebab dek kesian maka arini kena keluar rumah jugak.. keluar awal sikitla atleast harga tu berbaloi berapa jam main kan sebelum balik.. dibawah sedikt info tentang kidzoona branch yang admin pergi.. dia ada beberapa cawangan..jadi diantaranya cawangan yang admin pergi ni la.

Kidzoona cawangan sri kembangan
Aeon Jusco Taman Equine Park,Level G

Harga tiket:
Kanak2 RM12 1tahun dan keatas
Dewasa percuma
waktu operasi:10pagi-9.30malam
Hari: isnin - ahad
*stokin wajib pakai bagi kanak2 dan penjaga
*bagi kanak2 ketinggian 135cm keatas tidak dibenarkan masuk kecuali sebagai penjaga
*wifi free bakkk angggg!!
*ciri2 keselamatan yang dijamin


Yang bestnya kidzoona ni.. kalau kita pergi toilet atau surau ke pergi makan kejap ke dah keluar masih boleh masuk semula..main la anak2 korang sampai lebamm!!! Boleh juga bawak masuk air makanan dan minuman tetapi makan di tempat yang disediakan..


Korang pn agak2la bawak makanan yang simple2 suda.. jangan korang hangkut maknan mcm pergi picnic pulak mmg berkampung 10pg-9.30mlm.. ape dah reti nak balikkkk...

Tu jelah nak membebel... sila nikmati gambar2 anak admin dan pemandangan dalam kidzoona ni.

Sekian..terima kasih meluangkan masa anda membaca entry ini.

Nukilan
Adikfira
5 mei 2017
3.35pm