Saturday, 4 February 2017

Homestay Langkawi Padang Matsirat Menyediakan Pelbagai Pilihan Bilik untuk Keselesaan Anda!

Assalammualaikum w.b.t
Bila kita pergi Langkawi secara tak langsung memang banyak tempat bersejarah seperti Mahsuri, Muzium, Dataran Helang, Kilang Gamat, dan tempat beli-belah untuk mak-mak kita borong periuk kuali belanga.  Memang tempat syurga beli-belah la orang kata.  Level anak muda macam admin ni level borong coklate je la....ehh..muda ke?? hahahah

Jadi admin nak kongsikan Homestay yang boleh dikatakan agak strategik untuk kemana-mana sahaja destinasi anda untuk pergi.  Orang kata tak jauh tak dekat.. "Bolehla...' gitu...  iaitu Homestay Langkawi di Padang Matsirat.

Homestay ni ada memyediakan beberapa bilik supaya boleh menampung keluarga kita yang sikit, sederhana ataupun ramai.  Jadi, boleh jimat kan kalau 'tong-tong' bersama keluarga keluarkan duit untuk tempat yang berbaloi selesa, tenang, bersih aman damai dan yang paling penting harga pun mestilah berpatutan.

HOMESTAY LANGKAWI ni terdiri daripada homestay yang mempunyai 4 Bilik , 3 Bilik serta 2 Bilik Tidur. 

1.  Homestay Langkawi Padang Matsirat 4Bilik 
  • 4bilik tidur(3 bilik penghawa dingin dan 1 kipas).
  • 4 tandas
  • Ruang tamu, ruang makan, dapur serta alatan memasak, peti sejuk dan seterika.
  • Ada disediakan lebihan bantal dan toto tanpa dikenakan caj tambahan.
  • Bole memuatkan seramai 16 orang.




2.  Homestay Langkawi Padang Matsirat 3Bilik
  • 3bilik tidur (2bilik penghawa dingin dan 1 kipas)
  • 2 tandas
  • Ruang tamu, ruang makan, dapur serta alatan memasak, peti sejuk dan seterika.
  • Bole memuatkan seramai 12 orang.
  •  
3.  Homestay Langkawi Padang Matsirat 2Bilik

  • 2bilik tidur beserta 2 penghawa dingin bagi setiap bilik
  • 1 tandas.
  • Ruang tamu, ruang makan, dapur serta alatan memasak, peti sejuk dan seterika.
  • Bole memuatkan seramai 8 orang.
Strategiknya kawasan homestay ni kerana ia sangat-sangat berdekatan atau hampir kepada destinasi menarik yang akan kita tuju seperti Beras Terbakar, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Makam Mahsuri, Kereta Kabel, Pantai Cenang, Air Terjun Telaga Tujuh, Underwater World dan Pekan Kuah.



Pembaca juga boleh layari website Homestay Langkawi di laman sesawang http://pulaulangkawihomestay.blogspot.com   atau di Facebook Homepage Homestay Langkawi iaitu https://www.facebook.com/langkawihomestay4u/?fref=ts

Untuk maklumat lanjut mengenai Homestay Langkawi ini atau pembaca ingin terus membuat tempahan, bolehlah menghubungi:
Sms / whatsapp / telegram
Fauzi: 016-9454669


No comments: