Saturday, 4 February 2017

Homestay Apartment Sri Lagenda Langkawi diPekan Kuah Menepati CItarasa Pengunjung.

Assalammualaikum w.b.t
Seperti yang kita tahu,  kalau pergi Langkawi je macam-macam pilihan Hotel, Motel, Asrama, Kuarters, Kondo dan Homestay.  Haaaaa... ni admin nak kongsi sikit tempat homestay ala-ala Private Apartment tau...Kelassss you....Ko Hado?? Murah dan berbaloi gak.. kelengkapan dan kemudahan pun setanding dengan Hotel-Hotel.  Jadi, kenapa perlu bayar lebih untuk bilik yang sama pada harga yang sama...Pilihla 'Homestay Apartment Sri Lagenda Langkawi'!!!!!!.  Yeahhhhhhhhh

Homestay ni terletak di Pekan Kuah, Langkawi.  Ia dilengkapi dengan 3 bilik dan 2 tandas dimana 2 bilik mempunyai penghawa dingin dan 1 bilik kipas.  Selain itu, disediakan juga beberapa kemudahan perabot seperti sofa, meja makan, peti sejuk, Tv dan astro,air panas, mesin basuh, sejadah, tuala, seterika dan tiada caj tambahan bagi permintaan toto dan bantal. Juga boleh memuatkan seramai 8-10 orang.  Yang istimewanya mengenai homestay ini adalah kerana homestay ini khusus untuk muslim sahaja.
unit rumah yang sama, cuma pemilik tukar cadar je..baru meriahkan..
Homestay ni juga dibenarkan memasak kerana disediakan juga alat kelengkapa  memasak.
Anda juga tak perlu risau kerana Homestay ni telah diperketatkan kawalan keselamatan kepada pengunjung.  Pengunjung juga boleh berenang di kolam renang yang disediakan tanpa dikenakan caj bayaran jika pengunjung menginap disini..

Kepada pengunjung yang berminat untuk merasa tinggal di homestay apartment ini bolehlah rancang percutian anda dengan kadar bayaran sewa yang berbeza  mengikut hari.
  • RM200 Isnin hingga Khamis
  • RM250 Jumaat hingga Ahad dan hari pelepasan am
  • Daftar masuk jam 2 petang
  • Daftar keluar jam 12 tengahari
  • Deposit sebanyak RM 100 diperlukan. 
Jika ada sebarang pertanyaan, anda bolehlah menghubungi atau 'Whats App':
Puan Yan di talian 📞0124822084.
Alamat Homestay:
SRI Lagenda Resort Kondominium
Phase 1, jalan Sri Lagenda,
Pekan Kuah, Langkawi.


1 comment:

galaksi viral said...

Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ini. :)