Macam entry admin sebelum ni yang admin pernah mention pergi
HK atas urusan bisnes dan melancong. Pasal bisness tu nanti admin akan share di
entry lain. So adela buat research sikit pasal HK ni, pengangkutan awam die,
simkad, tempat menarik untuk dikunjung, dan tempat makanan halal.
Hari pertama (simkad travel ,tiket mrt,check in hotel)
Masa admin pergi bulan Januari tu Sampai airport HK terus
rasa sejuk cuaca dalam 17 darjah celcius so siap2 la baju sejuk korangdalam beg
carry jangan simpan dalam luggage satu keja plak nak selongkar luggage kan.
Sejuk die pada admin waktu siang macam sejuk genting dan Cameron highland
gitu. Orang yang tahan sejuk atau gemuk
cam admin ni xpakai bj sejuk xper kot tapi yang xtahan sejuk tu pakai la.
Sampai saja di airport HK trus admin cari simkad travel.
Bile research macam kena bayar dalam 80HKD tapi agaknye rezeki admin Tanya
foreigner lain. Ade je simkad free khas untuk foreigner cume kena bagi detail
passport kiter buat simpanan syarikat
telekominikasi tu la, die akan fotostetkan passport korang so xpayah susah2
cari kedai fotostet. Korang cari i-sim
logo warna hijau..keluar dari pintu airport tu trus Nampak banyak2 booth ,cari
la i-sim punya booth. Bangga skit sebab kebanyakan member yang pergi Hongkong
ni dorang beli simkad.. hahah bengang je dorg dapat tau group kami dapat free.
Dah selesai urusan simkad kami serbu pulak kaunter beli
tiket MRT. Salah satu public transport kt HK la. Oleh sebab kami dari airport
so destinasi ke Hotel di Wan Chai, Hongkong memerlukan kami tukar 2 kali train.
Ala kalau kat KL tu macam LRT dan KLIA Ekspress la gitu. Tiket boleh refundable
dan topup kt mana2 kedai 7eleven atau kedai serbaneka. Yang best nya pasal tiket mrt HK kalau masih
ada baki dan xnak baki duit, korang boleh beli barang di 7e cashier die akan
touch je kad korang tu tolak harga barang dari situ.kalau kurang boleh tambah
pakai duit cash. Macam konsep Touch N Go
gak tapi dorg punya macam2 fungsi.
Dah selesai, kami tunggu train untuk ke Hotel. Dah siap2 ada map train dan benti di stesyen
mana. Oleh kerana kami pergi dengan
beberapa orang member OD yang beli tiket flight pergi balik dan hotel pada tarikh
yang sama so itulah group kami. Ada lagi group awal ada group lewat sikit, kami
group tengah2 sebab nak adjust cuti sumer kan. Biler pergi dengan group biasala
susah senang bersama cewah..ada 3family dan yang lain ala2 bujang 4hari gitu
dan anak2 kecil. paham-pahamla ada anak
kecil dan orang tua ni, nak gerak cepat sangat xboleh kesian kat yang dah
berumur tapi lambat sangat tak boleh sebab anak2 tak boleh lama2. Sampai airport pukul 10pagi settlekan urusan
itu ini biasala ramai kepala ramaila ragamnya.
Sampai hotel dalam 4 petang admin dah lepak xlarat penat berjalan
mencari hotel. Bukan xnak naik teksi/van
tapi biasala dah namapun jadi pelancong, die punya tekan foreigner tu umaangaii
cekik darah. Lagipun buat apa bazir duit kat teksi kan ..buang duit kat
barang2cenderamata lagi bagus. Heee
Oleh kerana waktu siang HK adalah singkat dan malam die
panjang, xsabar pulak nak melawat booth company kamy masuk financial expo, kami
pergila melawat expo tu. Dalam 15minit
je Hongkong Convention Centre dengan hotel kami jalan kaki saja. Sampai di expo tu..umangai rasa macam bukan
calang2 orang jer pergi situ.aduh.. sumer dok citer pasal company masing. Memang bersepah dorang dok tabur bisness kad
di setiap booth. Secara tak langsung,
dah lama xasah diri speaking omputih kau.. hahahha
Balik dari expo, admin xlarat da.. letih lapo ngantok sume
ada.. naseb baik anak xmeragam. Kami balik bilik dan rehat. Malam admin xkeluar sebab sejuk kat HK dah
bukan macam genting highlang, rasa macam dekat musim sejuk yang ala2 snow gitu.
Salji je xder. Badan kiter bolehla tahan
kan, pikir anak kecik yang macam dah start selesema ni kesian plak. Tapi anak
ok je die memang suke sejuk Cuma kesian dia letih. Cume suami adminla keluar malam jalan2 tgk
Negara orang kan. Jeles I tau..
No comments:
Post a Comment