Saturday, 24 September 2016

4Hari 3Malam di Hongkong

Assalammualaikum..



Hongkong Januari 2016
Macam entry admin sebelum ni yang admin pernah mention pergi HK atas urusan bisnes dan melancong. Pasal bisness tu nanti admin akan share di entry lain. So adela buat research sikit pasal HK ni, pengangkutan awam die, simkad, tempat menarik untuk dikunjung, dan tempat makanan halal.

Hari pertama (simkad travel ,tiket mrt,check in hotel)
Masa admin pergi bulan Januari tu Sampai airport HK terus rasa sejuk cuaca dalam 17 darjah celcius so siap2 la baju sejuk korangdalam beg carry jangan simpan dalam luggage satu keja plak nak selongkar luggage kan. Sejuk die pada admin waktu siang macam sejuk genting dan Cameron highland gitu.  Orang yang tahan sejuk atau gemuk cam admin ni xpakai bj sejuk xper kot tapi yang xtahan sejuk tu pakai la.

Sampai saja di airport HK trus admin cari simkad travel. Bile research macam kena bayar dalam 80HKD tapi agaknye rezeki admin Tanya foreigner lain. Ade je simkad free khas untuk foreigner cume kena bagi detail passport kiter  buat simpanan syarikat telekominikasi tu la, die akan fotostetkan passport korang so xpayah susah2 cari kedai fotostet.  Korang cari i-sim logo warna hijau..keluar dari pintu airport tu trus Nampak banyak2 booth ,cari la i-sim punya booth. Bangga skit sebab kebanyakan member yang pergi Hongkong ni dorang beli simkad.. hahah bengang je dorg dapat tau group kami dapat free.

Dah selesai urusan simkad kami serbu pulak kaunter beli tiket MRT. Salah satu public transport kt HK la. Oleh sebab kami dari airport so destinasi ke Hotel di Wan Chai, Hongkong memerlukan kami tukar 2 kali train. Ala kalau kat KL tu macam LRT dan KLIA Ekspress la gitu. Tiket boleh refundable dan topup kt mana2 kedai 7eleven atau kedai serbaneka.  Yang best nya pasal tiket mrt HK kalau masih ada baki dan xnak baki duit, korang boleh beli barang di 7e cashier die akan touch je kad korang tu tolak harga barang dari situ.kalau kurang boleh tambah pakai duit cash.  Macam konsep Touch N Go gak tapi dorg punya macam2 fungsi.

Dah selesai, kami tunggu train untuk ke Hotel.  Dah siap2 ada map train dan benti di stesyen mana.  Oleh kerana kami pergi dengan beberapa orang member OD yang beli tiket flight pergi balik dan hotel pada tarikh yang sama so itulah group kami. Ada lagi group awal ada group lewat sikit, kami group tengah2 sebab nak adjust cuti sumer kan. Biler pergi dengan group biasala susah senang bersama cewah..ada 3family dan yang lain ala2 bujang 4hari gitu dan anak2 kecil.  paham-pahamla ada anak kecil dan orang tua ni, nak gerak cepat sangat xboleh kesian kat yang dah berumur tapi lambat sangat tak boleh sebab anak2 tak boleh lama2.  Sampai airport pukul 10pagi settlekan urusan itu ini biasala ramai kepala ramaila ragamnya.  Sampai hotel dalam 4 petang admin dah lepak xlarat penat berjalan mencari hotel.  Bukan xnak naik teksi/van tapi biasala dah namapun jadi pelancong, die punya tekan foreigner tu umaangaii cekik darah. Lagipun buat apa bazir duit kat teksi kan ..buang duit kat barang2cenderamata lagi bagus. Heee

Oleh kerana waktu siang HK adalah singkat dan malam die panjang, xsabar pulak nak melawat booth company kamy masuk financial expo, kami pergila melawat expo tu.  Dalam 15minit je Hongkong Convention Centre dengan hotel kami jalan kaki saja.  Sampai di expo tu..umangai rasa macam bukan calang2 orang jer pergi situ.aduh.. sumer dok citer pasal company masing.  Memang bersepah dorang dok tabur bisness kad di setiap booth.  Secara tak langsung, dah lama xasah diri speaking omputih kau.. hahahha
Balik dari expo, admin xlarat da.. letih lapo ngantok sume ada.. naseb baik anak xmeragam. Kami balik bilik dan rehat.  Malam admin xkeluar sebab sejuk kat HK dah bukan macam genting highlang, rasa macam dekat musim sejuk yang ala2 snow gitu. Salji je xder.  Badan kiter bolehla tahan kan, pikir anak kecik yang macam dah start selesema ni kesian plak. Tapi anak ok je die memang suke sejuk Cuma kesian dia letih.  Cume suami adminla keluar malam jalan2 tgk Negara orang kan.  Jeles I tau..

Hari Kedua ( HKCC, Masjid Ammar Wan Chai Road, Kennedy Town, Tram, Victoria Pix )






 Hari Ketiga ( Hongkong Ferry, Masjid Kowloon, Ladies Market)






 Hari Ke-enpat (simkad travel ,tiket mrt,check in hotel)


No comments: