Wings of KKB
Menariknya mengenai Wings of KKB
ini ialah, ia merupakan pertandingan memerhati burung pertama di Malaysia yang
memerlukan peserta bergerak dari satu altitude ke satu altitude yang lain dan
membolehkan peserta melihat dan mengenalpasti pelbagai spesies burung mengikut
perbezaan ketinggian dari aras laut.
………………………………………………………………………………………………………..
Majlis
Daerah Hulu Selangor (MDHS) telah menganjurkan Selangor Birds Race yang ketiga
pada 25 – 27 April 2014 lalu. Dengan penglibatan Resorts World Genting dan
selaku penaja utama program pada kali ini ia telah memeriahkan lagi program
tersebut. Objektif utama MDHS menganjurkan program Wings Of KKB ini adalah
bertujuan untuk memupuk kesedaran orang ramai secara amnya dan pelajar secara
khususnya mengenai kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar
terutamanya dengan aktiviti memerhati burung ini. Sekali gus acara ini dapat
mennjolkan Kuala Kubu Bharu dan MDHS kepada orang ramai.
Sekali
lagi Sahabat Media telah diberi kesempatan untuk menjejakkan kaki ke Kuala Kubu
Bharu (KKB), baru-baru ini kami telah diberi peluang untuk merasai aktiviti
mengintai burung tetapi pada kali ini kami telah berpeluang untuk melihat acara
tahunan mereka iaitu Wings Of KKB atau Selangor Bird Race yang diadakan buat
kali ketiga pada pada April yang lalu. Setibanya kami di KKb kami sempat
menyaksikan acara Pelepasan bagi peserta Kategori Terbuka, IPTA/IPTS dan
Fotografi dan seterusnya dibawa ke lokasi-lokasi ‘checkpoint’ acara Bird Race
ini. Dengan kesempatan ini dapatlah kami melihat gelagat peserta sepanjang
acara ini berlansung, ada yang sibuk pandang keatas dan meneropong menerusi
pokok-pokok untuk mengintai dan mengenalpasti spesies burung.

Antara
kategori yang dipertandingkan ialah, Kategori Sekolah dan Terbuka serta pada
tahun ini dua kategori telah ditambah bagi merancakkan lagi program, kategori
tersebut adalah Kategori IPTA/IPTS dan Fotografi dan Mini Explorace untuk
pelajar sekolah rendah dan menengah telah memeriahkan lagi acara ini. Seperti
tahun sebelumnya, kategori sekolah berlangsung dimana pelajar akan memerhati
burung di sekitar Bandar Kuala Kubu Bharu (KKB) sahaja dan bagi kategori
terbuka, IPTA/IPTS dan Fotografi pula peserta perlu bergerak ke sepuluh checkpoint, bermula di Bandar KKB, Taman
Milenium, Kolam Air Panas, Hulu Tamu, Hutan Lipur Pelajaran, Sungai Kedondong
dan tamat di Resorts World Genting.

Tidak
terteumpu hanya kepada penyertaan tempatan Wings of KKB pada kali ini turut
disertai oleh peserta dari Jepun dan Indonesia selain itu penyertaan oleh
beberapa buah IPTA/IPTS juga tidak ketinggalan. Pelajar sekolah yang menyertai
pertandingan Mini Explorace ialah dari Sekolah Kebangsaan Sri Layang dan
Sekolah Menengah Kebangsaan Sulaiman MRSM Kuala Kubu. Acara ini memerlukan para
peserta untuk mengenalpasti nama burung, membuat serunai menggunakan daun untuk
memanggil burung, menyusun ‘puzzle’ dimana mereka perlu mencari
kepingan-kepingan puzzle tersebut di kawasan sekitar terlebih dahulu dan banyak
lagi.

Wings
of KKB diteruskan pula dengan Pelepasan bagi acara Mini Explorace dan
penyerahan Log Book bagi kategori Terbuka, IPTA/IPTS dan Fotografi. Majlis
disempurnakan oleh YB Dato’ Musa Yusof, Pengarah Tourism Malaysia Bahagian
Pemasaran Domestik. Manakala bagi acara penyampaian hadiah bagi kategori
Terbuka, IPTA/IPTS dan Fotografi pula telah disempurnakan oleh Cik Katherine
Chew, Timbalan Presiden Komunikasi dan Perhubungan Awam Resort World Genting
dan Puan Nurul wakil dari MDHS. Pemenang bagi kategori Fotografi te;ah
dimenangi oleh Mohd Suhaimi Mohd Yusof dari Putrajaya, manakala bagi kategori
IPTS/IPTS telah dimenangi oleh kumpulan Mgpie Robin dan bagi kategori tebuka
telah dimenangi oleh juara bertahan iaitu 3 Harriers. Tidak ketinggalan
kumpulan media juga diberi kesempatan untuk menyertai pertandingan bagi
kategori Fotografi Media dan telah dimenangi oleh Suhaizul Izhar.

|
 |
Pemenang Bird Race Photo yang: Tempat Pe1: Danis (Malaysia Travellog), ke2:S.S Kanesan (Star Metro), ke3:Faisal Jaafar(Bernama) & ke4:Hamizah Kamaruddin(www.dikbee.com) |
|
Penghargaan ribuan Terima kasih kepada:
Tourism Malaysia
Majlis Daerah Hulu Selangor (Pn.Azlina,Pn.Nurul, En.Azman & En.Idros)
Strawberry Farm Genting
Bee Farm Genting
Majalah Santai Travel
M-Mode Media Sdn Bhd
Teks: Rabiatul (Santai Travel)
Foto: Santai Travel
2 comments:
Salam sejahtera Tuan / Puan, Sebelum itu ingin memohon maaf kerana membuat promosi disini...
Semoga Tuan/Puan senantiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezki(Amiin). Buat Tuan/Puan yang sudah merancang bercuti ke Bandung/Jakarta dan memerlukan kereta beserta pemandu bolehlah hubungi kami :
WhatsApp : +6282214441280
Call : +6282214441280
Call : +6282282222896
Email : Dhanibandung@yahoo.com
Blog : Melancongdibandung.blogspot.com(Dhani Tour Bandung)
Website : www.paketpelanconganbandung.com dan www.dhanitourbandung.com
Kami sangat mengutamakan kepuasan tetamu dan dijamin harga yang sangat berpatutan...Insya Alloh kami memberikan service yang terbaik dan layanan taraf 5 bintang...
KAMI PUN MENYEDIAKAN PAKET BERUPA TRANSPORT DAN HOTEL
Semoga inform dari saya dapat memudahkan urusan bercuti Tuan/Puan untuk ke Bandung.
Nb : Yang lebih mahal itu banyak, yang lebih murah pun ada tapi kami janjikan yang terbaik dari Dhani Tour Bandung... (Insya Allah) Jom mari melancong di Bandung murah sahaja... Untuk apa cari harga yang lebih murah jika service nya kurang berbaloi dan tidak memuaskan ^_^
Wassalam dan Terima Kasih.. ^_^
JOM MELANCONG INDONESIA…
CITY TOUR BANDUNG DAN CITY TOUR JAKARTA
Salam sejahtera Tuan / Puan, Sebelum itu ingin memohon maaf kerana membuat promosi disini...
Semoga Tuan/Puan senantiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezki(Amiin). Buat Tuan/Puan yang sudah merancang bercuti ke Bandung/Jakarta dan memerlukan kereta beserta pemandu bolehlah hubungi kami :
WhatsApp : +6282214441280
Call : +6282214441280
Call : +6282282222896
Email : Dhanibandung@yahoo.com
Blog : Melancongdibandung.blogspot.com(Dhani Tour Bandung)
Website : www.paketpelanconganbandung.com dan www.dhanitourbandung.com
Kami sangat mengutamakan kepuasan tetamu dan dijamin harga yang sangat berpatutan...Insya Alloh kami memberikan service yang terbaik dan layanan taraf 5 bintang...
KAMI PUN MENYEDIAKAN PAKET BERUPA TRANSPORT DAN HOTEL
Semoga inform dari saya dapat memudahkan urusan bercuti Tuan/Puan untuk ke Bandung.
Nb : Yang lebih mahal itu banyak, yang lebih murah pun ada tapi kami janjikan yang terbaik dari Dhani Tour Bandung... (Insya Allah) Jom mari melancong di Bandung murah sahaja... Untuk apa cari harga yang lebih murah jika service nya kurang berbaloi dan tidak memuaskan ^_^
Wassalam dan Terima Kasih.. ^_^
JOM MELANCONG INDONESIA…
CITY TOUR BANDUNG DAN CITY TOUR JAKARTA
Post a Comment