Monday, 21 April 2014

Sidang Media Program Wings of KKB 2014: Selangor Bird Race Kuala Kubu Bharu

Bagi mewar-warkan Program Wings of KKB 2014 pada 25-27 April 2014, Sidang Media telah diadakan pada 8 April 2014 yang lepas di Hotel Awana Resorts World Genting Highland.



Program ini adalah untuk mempromosikan Kuala Kubu Bharu dimana ia merupakan sebuah bandar bersejarah  dan bandar baru yang telah dirancang oleh Jururancang bandar yang pertama semaza zaman British bagi Persekutuan Tanah Melayu.  Pada aman itu, Bandar Kuala Kubu telah ditanam dengan pojok yang bernilai seperti Mahagoni dan Tembusu,  Setelah hampir 84 tahun berlalu maka pokok-pokok ini telah membersar dan menjadi tempat tinggal pelbagai species burung dan binatang-binatang.


Program ini juga adalah merupakan anjuran Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) juga lebih meriah dengan penglibatan Resorts World Genting untuk tahun kedua merangkap penaja utama program ini.  Objektif program ini adalah bagi memupuk kesedaran orang ramai amnya pelajar sekolah dalam kepentingan menjaga alam sekitar melalui aktiviti 'Bird Watching'.


Program ini meletakkan Kuala Kubu Bharu dan Daerah Hulu Selangor selaras dengan Produk Pelancongan malaysia dimana keistimewaan dari segi sejarah, warisan dan keindahan Flora dan Fauna.  Penglibatan Resorts World of Genting dalam program ini turut ingin memberi kesedaran kepada pelancong serta rakyat Malaysia tentang pemuliharaan hutan dan alam semula jadi.  Cik Katherine Chew, Timbalan Presiden Komunikasi dan Perhubungan Awan Resort World Genting menyatakan bahawa Pusat peranginan ini adalah salah satu kawasan pemuliharaan dan Perlindungan habitat burung yang didaftarkan di bawah Important bird Area MY10.\

 Bagi memeriahkan dan menyokong Tahun Melawat malaysia 2014, Pertandingan mengenalpasti burung telah diadakan diperingkat sekolah rendah, menengah, Universiti dan juga Kolej.  terdapat 5 chechpoint yang telah ditetapkan bermula di Bandar Kuala Kubu Bharu, Taman Milenium, Kolanm Ar panas Hulu Tamu, Hutan Lipur Pelajaran SUngai kedondong dan berakhir di Resorts World Genting.  Ini menjadikan Wings of KKB sebagai pertandingan memerhati burung yang pertama di Malaysia yang memerlukan perserta bergerak dari satu altitud ke altitud yang lain.  Peserta berpeluang mengenalpasti pelbagai species burung yang berlainan habitat mengikut perbezaan ketinggian dari aras laut.



Pertandingan yang telah diadakan ini akan disediakan pelbagai hadiah menarik bagi pemenang.
Acara Bird Race: Hadiah berjumlah RM 10,000.00 dalam bentuk barangan 'Outdoor'
Acara Fotografi Burung:Hadiah utama Kamera Nikon D3100
Hadiah Sampingan yang disediakan oleh pihak Resorts World Genting:
Penginapan 2 hari 1 malam di First World Hoteldan banyak lagi.

Terimakasih:
Majlis Daerah Hulu Selangor (www.mdhs.gov.my) / wingsofkkb.blogspot.com
Awan Resort World Genting  Highlands
First World Hotel
Majalah Santai Travel




No comments: