Thursday, 24 April 2014

Novel vs Cerpen:Berikan Aku Ruang.

karya:adikfira
khamis 24/4/2014 :3.59pm
                  ____________________________________________________
        'Pergi kau!! anak tak guna! anak xkenang budi...aq bela kau..macam ni kau buat kat aku erk!!.. harta aq satu sen pun aku tak kan bagi kat kau!!!keluar kau dari sini!! aku tak nak tengok muka kau lagi!! anak haram!!!!!! keluar!!!!! jangan balik rumah ni lagi!!! aku haramkan kau jejakkk lagi dalam rumah ni!!! Pergi!!! sebelum bapak kau balik, baik kau angkat kain baju kau berambus dari sini, faham!!!'. Mak Piah terus berlalu. Tanpa belas kasihan, Tanpa sedar anak yang dimarah, dimaki hamun dan di halau itula anaknya, darah dagingnya.

       Tanpa diberi penjelasan, tanpa pembelaan.  Itulah nasib Zhia.  Anak yang dikatakan tidak tahu di untung.  Menangis tersedu sedan.  Apa salah dia.  Kecik benar hatinya mak kandung sendiri luahkan kata-kata yang mengguris hati.  Tidakkah Wanita itu sedar akan tutur katanya.  'Anak luar nikahkah aku?'.'Tidak sayangkah mak nya pada anak kandungnya sendiri.  Apa salahnya umpama terlalu besar kesalahan yang dia lakukan.  Dia sedar.. sejak kecil lagi mak nya tidak pernah tunjukkan kasih sayangnya pada anaknya yang sorang ini.  Pernah satu tika dulu Zhia betul-betul berkecil hati pada Mak Piah, sepupunya Azura yang sama baya dengannya , juga tinggal berjiran dengan Zhia mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Riuh satu Kampung Mak Piah hebahkan..namun tidak keputusan Zhia yang tidak kurang hebatnya.. Sayang benar Mak Piah pada sepupunya itu.  Bahkan bukan darah dagingnya sendiri, hanya saudara.
Jika benar dia anak luar nikah, kenapa tidak namanya Noor Farazhia binti Abdullah, atau Noor Farazhia Shukor... kerana namanya mempunyai binti serta yakin sah taraf statusnya..iaitu Noor Farazhia Binti Shukor.

        Setelah mengemas barang keperluan seperti pakaian serta berbekalkan sijil-sijil dan sedikit wang simpanan di celah lipatan baju dalam almari pakaian..keluarla Zhia terkontang-kanting mencari arah tuju.  Hatinya nekad..akan keluar dan tidak akan pulang-pulang lagi.  Walaupun sedih, terasa hati..tetapi ada terselit kemarahan.  Bukan dendam tetapi satu perasaan yang tidak dapat dipastikan.  Mana ayah? desus hati Zhia.. kalau ikutkan hatinya, sebelum berangkat ke destinasi yang masih belum dipastikan lagi, ingin sekali Zhia bertemu bapanya. minta restu ayahnya.  Ayah sahajala tempat die meluahkan perasaan sedih, gembira dan marah.  teringat kata-kata ayahnya jika tiap kali Zhia dirundung masalah...'Sabar Zhia..Tuhan lebih tau anakku'....
Sedihnya bukan kepalang..air matanya yang jatuh tidak pula surut...makin lama makin laju air matanya mengalir.. masih menjadi tanda tanya apakah salahnya hingga Mak piah menghalaunya keluar rumah.

         Di Jambatan hujung kampung, itulah tempat tujunya. Ya... dia akan pergi dari rumah ini..malah kampung ini juga.. biarlah dia membawa diri..tentang Pak Shukor, setelah dia sedikit selesa dibandar Kuala Lumpur nanti, dia akan telefon dan kirimkan sedikit duit buat ayahnya.  Zhia berharap agar ayahnya merestui apa sahaja tindakannya kelak..dengan ilmu agama yang ada padanya.. tahula dia menjaga diri serta nama Mak Piah dan Pak Shukor.  Hatinya nekad lagi.. agar kebenaran pasti terungkai.


                 ****************************************************
        'Apa salah anak kita tu pada awak, Piah. Besar mana sangat salah dia pada awak'?.  Sampai dihalau nya dari rumah ni.. Mana budak tu nak duduk...sebatang kara dia dalam dunia ni.  Awak tak fikir ke besar dosa awak pada budak tu Piah, dia tu anak awak! anak kandung awak!...

       'Huh!!!.. Saya benci tengok muka dia bang..benci!! abang tahu tak!! kerana dia mana saya nak letak muka saya ni...!! malu saya bang..malu!!!!!Satu kampung tahu.. kalau dia sayangkan saya... apa salahnya dia terima pinangan Sham tu.  Orang perempuan ni tergila-gila kan dia, anak awak pula tolak dia!! apa buta ke mata anak awak tu tak tahu menilai Sham tu adalah laki terbaik kat dunia ni!!!Kalau anak awak tu nak amik hati saya, dia boleh terima pinangan Sham tu!! ini tidak..sengaja nak malukan saya!! Geram Mak Piah... Marahnya dari tadi masih berbaki..marah benar nampaknya.

          'Awak pun satu Piah,..budak tu dah tak mahu si Sham tu sudahla.. ini tidak.. di paksanya kahwin, tanpa minta izin tuan punya badan pulakkkk...Zhia tu pun ada keputusannya sendiri.. Walaupun si Sham tu popular dan perempuan kat kampung ni tergila-gilakanya.. saya pun tak setuju..betul pilihan Zhia tu.. Saya tak nak Sham tu jadi menantu saya...Awak tahu kenapa, esok anak awak tu nak makan apa? batu dan pasir?? mengemis dengan orang? harap muka je lawa Piah tak guna Cik Piah ooiiii....duduk kat kedai kopi 24 jam dengan tak kerja main judi main dam ntah sembahyang ke tidak..Itu yang awak pilih?? mata awak tu yang buta Piah sampaikan dah tak kenal yang mana baik dan buruk..OOhh..mentang-mentang la Sham tu dah janjikan awak tanah dia..awak ingat senang ke awak nak dapat... mudah sangat Sham tu nak gadaikan tanah harta mak bapak dia untuk dapatkan anak kita...esok lusa?? di gadainya anak awak tu kat gangster sebab kalah judi, awak tahu??leter pak SHukor sambil geleng kepala..sudah tidak tahu apa cara lagi untuk dia mengubah Mak piah.. sedih hatinya satu-satu anak perempuannya dihalau keluar.. tanpa sedar.. semalam selepas pinangan Sham ditolak dan tetamu beransur pulang, itulah kali terakhir Pak Sham melihat Zhia menangis di dalam bilik selepas dimarahi Mak Piah dikhalayak ramai kerana dek dengan tindakan beraninya Zhia memberhentikan keputusan lamaran tersebut.  tidak disangkanya marah isteri kesayangannya itu sehingga menghalau satu-satu anaknya itu keluar rumah.  Bagaimanalah nasib anaknya kelak.  Dimanakah anaknya akan tumpang teduh.. Risau seorang ayah kepada seorang anak perempuan.

                                                     ***

2 comments:

ieza ashaari said...

Huihuihui..header ia dh omel..

adikfira said...

hola.... mintak tolong kawan blogger.. tq dikbee.