Friday, 4 April 2014

Hari Pertunangan 15.12.2013

walaupun dah lepas tarikh dan tahun .. alhamdulillah dah selamat diijab kabulkanla kan..penulis still juga nak coret-coret kt blog ni.. peduli apa orang cakap 'Tak malu ke kongsi hidup sendiri biar orang lain tahu kisah hidup kita'..Jawapan penulis.... 'Biarla...masing-masing ada tujuan tulis blog tertentukan.. bukan nak cerita buruk atau baik.. tapi nk kongsi..orang boring2 boleh baca ala-ala cerpen ringkas gitu kannnn..ye dakkk'..

tajuk ni saja je la buat.. nak cerita step by step..almaklumla..sapa xbahagia bila bertunang atau berkahwin..nak-nak kita berstatus 'hak orang' sebab ikatan..walaupun tunang tu adat melayu xder dalam islam..

so far tak plan sebenarnya nak tunang ni.. tau x sebab apa..dia macam on the spot la..spontan..
sebab penulis saja la cabar boyfriend penulis ni.. 'Kalau series dengan hubungan ni, hantar rombongan'..orang tengok xbaik.. kita kehulu kehilir ..(walaupun jarang keluar sebab masing-masing belajar).. lepas tu pulak dah habis belajar dan kerja (takotla jumpa orang lain)..kikiki

tub-tub si dia ni kata 'ok.. bulan 12 datang rombongan..
alamak..betul ke ni.. xkelam -kabut kauuuu...macam xpercaya jer..nak beli barang2 hantaran cmner..mana nak dapat duit.. xkan duit bapak kot...(mak penulis dah meninggal tahun 2010)..nak ajak sedara dorang kena apply cuti la bagaikan..so far..discuss dengan arwah baba masa tu.. dia pun setuju dan buatla simple dan jimat kos.. lau ada sedara terbaca blog ni..harap maafla..dorang pun xtau.. sebab pertunangan ni dirahsiakan.. hanya family penulis dan family si dia sahaja. so kalau ada sedara mara terasa hati 'Maaf sekali lagi'... dalam masa yang sama pulak ada pak sedara penulis orang Batu Pahat sakit.. kitorang ni diam jer la.. xkan nak bagitau berita gembirakan..orang tengah sakit dan risau..sebab tu kitaorang tak dapat nak datang jenguk.. ada hal katanya..


alhamdulillah nak pendekkan cerita.. selesai majlis tunang.. gambar kt blog penulis tu la masa tunang.. jubah pun beli.. pelamin pun xder sangat...akak ipar buat tirai gitu-gitu jer.. kesyen sebijik.. nak tunjuk gambar..ntah mana gambar penulis letak..bersepah2..terjadilah 1 ikatan pertunangan..

Dulang 5 balas 7..
macam biasala.. barang wakil perempuan bagi wakil lelaki: Baju, buku, Al-Quran, kek dan buah..
belak laki bagi perempuan pulak.. buku agama, jubah, buah, sireh dan dll.

makan pun pelawa sedara dekat dan jiran-jiran jer..oleh kerana jimat kos, menu makan adala yang penulis masak desert seghawa durian (pengat durian-orang johor tahu la kot)dan spageti...
habis kauuu..sedap.....orang cakap..bukan penulis cakap..

apa2pun..terima kasih pada orang yang terlibat membantu majlis pertunangan tu secara langsung ataupun xlangsung.

tunggu story saya tentang Hari Bahagia pulak!!!!!



1 comment:

ieza ashaari said...

Wow..mesti resepi spageti aku kan? Tu yg sdp..kohkohkoh..popular spageti aku ni..lol..