Sejarah Kuala Kubu Baru
Kuala Kubu Bharu yang terletak di Jalan Padang Golf. Mengikut kisah dogeng, Kuala Kubu Bharu terkenal dengan mitos mengenai seekor buaya putih memecahkan empangan dan telah menyebabkan seorang pegawai British terbunuh akan insiden tersebut. Sejauh mana kebenaran mengenai buaya putih itu tiada siapa yang dapat mengesahkannya. Walaubagaimanapun, insiden tersebut telah mengakibatkan banjir besar yang telah mengorbankan ramai orang dan merosakkan harta benda, hanya sebuah masjid lama dan sebuah kuil Buddha terselamat daripada kejadian banjir tersebut. Antara tarikan lain yang terdapat di sini adalah banggunan kesan tinggalan British seperti rumah Pegawai Daerah, landasan kereta api lama dan landscape arkitekturalnya yang unik. Baru-baru ini Penulis bersama Sahabat Media yang lain telah berkesempatan menjejakkan kaki di Kuala Kubu Bharu untuk aktiviti ‘Bird Watching’. Program ini adalah anjuran Majlis Daerah Hulu Selangor juga Terima Kasih kepada Majalah Santai Travel serta M-Mode Media kerana menjemput kami ke mengenali aktiviti ini.
![]() |
Kuala Kubu Baru |
Disinila Rumah Penginapan kami sepangjang program dijalankan |
![]() |
Rumah Rehat terbuka kepada orang awam dengan harga yang murah |
.................................................................................................................................................
Aktiviti
Bird Watching
‘Skodeng’
atau mengintai burung adalah gelaran lain bagi aktiviti Bird Watching oleh penduduk tempatan. Secara amnya Bird Watching adalah aktiviti melihat
burung dan setibanya di sini kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan
berserta dengan seorang pengiring atau pakar burung. Setiap kumpulan dibekalkan
dengan teropong dan sebuah buku ‘Birds of
Malaysia’ untuk aktiviti tersebut. Kami dibawa ke beberapa lokasi yang
dikatakan menjadi tempat kegemaran burung. Semasa melakukan aktiviti ini kami
diminta agar lebih peka kerana burung-burung tersebut selalunya bersembunyi di sebalik
pohon-pohon dan dedaun. Dikatakan terdapat ratusan spesis burung di sini dan
kami berjaya mengenal pasti beberapa spesies daripadanya. Antaranya burung‘Asia Glossy Starling’, ‘Black Naped Oriole’, ‘Magpie
Robin’, ‘Malkoha’, ‘Straw Headed Bulbul’, ‘Black Headed Bulbul’, ‘Fantail’, ‘Bee-eater’, ‘Paddyfield Pipit’,
‘Flower Pecker’, dan juga beberapa
ekor Helang.
Species Burung yang dapat dilihat dengan jelas bagai rezeki depan mata :) |
Salah satu burung yang terdapat di Kuala Kubu Baru - maaf nama specifik burung ini tidak diketahui |
![]() |
Sahabat Media menjejak burung di Taman Millenium |
![]() | |
Puan Azlina, Pegawai Perancang Bandar MDHS memberi sedikit taklimat |
Kami
terpegun dan terpesona dengan keindahan Millenium Park yang menjadi lokasi
untuk pengunjung melihat burung, suasananya sungguh berbeza dan nyaman sekali.
Dipenuhi dengan kehijauan alam semulajadi dan kicauan burung tanpa henti
membuatkan kami terleka akan kesibukan kerja sejenak. Walaupun cuaca tidak
berapa baik ianya tidak mematahkan semangat kami untuk mencari burung di sekitar
kawasan ini. Menurut Puan Azlina Mokhtar, Pegawai Perancang Bandar dan Desa,
burung-burung di sini mengahadapi kesukaran untuk terbang jika keadaan cuaca
dalam keadaan yang tidak memuaskan maka kebanyakkannya hanya akan hinggap di
pokok dan sarang mereka sahaja. Sungguhpun begitu kami bertuah kerana dapat
melihat beberapa spesies burung berterbangan secara kumpulan dan kedengaran
burung-burung berkicauan tetapi malangnya kami tidak dapat melihat burung
tersebut.
Sudah
pasti ini akan menjadi salah satu memori yang tidak mungkin dapat kami lupakan.
Pengalaman mencari dan mengenalpasti burung di Kuala Kubu Bharu sangat seronok
dan membuat kami teruja untuk datang kembali pada masa akan datang untuk
melihat sendiri ‘Bird Race’ yang
dianjurkan pada setiap tahun. ‘Bird Race’
bukan bermaksud burung berlumba antara satu sama lain tetapi ianya adalah
pertandingan mengenalpasti spesies burung paling banyak. Acara ini mendapat
perhatian ramai kerana ianya merupakan ‘Bird
Race’ yang pertama di Selangor.
................................................................................................................................................
Sambutan Hari
Wanita Daerah Hulu Selangor
Kami sempat singgah
ke sambutan Hari Wanita Daerah Hulu Selangor yang dianjurkan oleh Majlis Daerah
Hulu Selangor. Kami disambut dengan persembahan aerobik daripada sekumpulan
wanita di lokasi acara ini berlangsung, setelah kami selesai menyaksikan
persembahan tersebut kami dibawa melawat ke gerai-gerai yang terdapat di Majlis
Sambutan Hari Wanita Daerah Hulu Selangor bersama-sama dengan YDP Tukiman B.
Nail. Kemudian kami menjamu selera di dewan makan Mini Stadium Kuala Kubu Baru,
sebelum itu sempat juga kami menyejuk tekak kami dengan Ais Krim Mamat, dan
antara gerai yang mengambil bahagian ialah Chef Farhan Wong dari Farhan
Seasoning dan Jabatan Kesihatan Hulu Selangor. Majlis tersebut disempurnakan
dengan acara penyampaian hadiah.
![]() |
Sahabat Media turut serta Menyambut Hari Sambutan Wanita |
.................................................................................................................................................
Kalumpang
Grill and Steamboat
Setelah berpenat lelah menjalankan aktiviti seharian kami
dibawa ke Kalumpang Grill and Steamboat untuk makan malam. Di sini kami
dihidangkan dengan pelbagai sajian istimewa restoran tersebut antaranya ialah
pelbagai juadah makanan laut, sayur-sayuran, aneka jenis bebola ikan, daging
dan banyak lagi. Pengunjung diberi pilihan sama ada ingin dihidangkan bersama
sup atau tomyam sebagai menu asas steamboat. Kesegaran dan kelazatan makanan di
sini membuatkan sesiapa sahaja pasti berselera dan ada yang kelihatan seperti
tidak mahu berhenti makan.
Terdapat lebih 60 jenis pilihan
makanan yang boleh dinikmati tanpa had asalkan anda tidak membazir kerana
segala pembaziran akan ditimbang dan akan dikenakan bayaran bagi setiap gram
pembaziran. Dengan hanya RM 25 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak serta
kanak-kanak dibawah usia 10 tahun tidak dikenakan bayaran anda boleh makan
sebanyak mungkin seperti ungkapan “eat
all you can”.
Hubungi
Puan Rabiah Al-Adawiyah Hj Mohd Khir
No 1 – 6, Pusat Sukan Lasak, Kalumpang
44100 Kerling, Hulu
Selangor, Selangor
Tel: 03-55109145 /
03-55111204
Waktu Operasi:
5 p.m – 11 p.m
................................................................................................................................................
Kalumpang
Resort and Training Centre
Sahabat
Media kemudiannya dibawa pula ke Kalumpang Resort and Training Centre untuk
mengalami sendiri keindahan dan kesejukkan air sungai semula jadinya. Terdapat
pelbagai aktiviti lasak yang ditawarkan di situ dan kami sempat melakukan
beberapa aktiviti lasak sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Antar aktiviti yang kami
lakukan ialah ‘Canopy Walk’, ‘Flying Fox’, ‘Abseiling’ dan menaiki pacuan empat
roda (4x4) merentasi bukit dan sungai kecil.
Kami
menyahut cabaran Tuan Hasni Mohd Khir, pemilik Kalumpang Resort and Training
Centre untuk melakukan aktiviti lasak tersebut. Pertama sekali kami dibawa
menaiki pacuan empat roda melalui jalan yang berliku dan sempit dan ianya satu
pengalaman yang sungguh mendebarkan. Kemudian kami ke aktiviti seterusnya iaitu
‘Canopy Walk’, ‘Flying Fox’, dan ‘Abseiling’. Peserta diberi taklimat sebelum
melakukan aktiviti tersebut oleh pelatih-pelatih yang berkelayakan. Apabila
mereka membuat demonstrasi ianya kelihatan sungguh mudah, tetapi apabila kami
naik ke atas dan cuba melakukannya sendiri ianya tidak semudah seperti yang
dijangka. Perasaan gayat, gerun dan berdebar memuncak apabila hendak memulakan
aktiviti tersebut. Sungguhpun mencabar dan memenatkan kami berjaya melengkapkan
ketiga-tiga aktiviti extreme tersebut dan membuktikan
pada diri sendiri yang kami mampu menyahut cabaran dan mengatasi ketakutan
kami.
Air
sungai yang sejuk dan nyaman seolah-olah memanggil-manggil kami untuk berendam
seketika, dan airnya sangat sejuk dan menyegarkan membuatkan kami tidak mahu
meninggalkan tempat ini.
![]() |
![]() |
4by4 terbalik |
![]() |
aktiviti abseiling |
Maklumat Lanjut
Lot 426 &427, Jalan Sungai Inki,
Kg Pasir Putih, Kerling,
44100, Hulu Selangor, SDE
Tel: 03-60491969
Website: www.kalumpangresort.com.my
Terima Kasih diucapkan Kepada:
Majlis Daerah Hulu Selangor Kuala Kubu Baru
Kalumpang Grill and Steamboat
Kalumpang Resort and Training Centre
Majalah Santai Travel
M-Mode Media
Sahabat Media
Husna(Santai)teks
Rabiatul & Asilah(Santai):Gambar
1 comment:
seronok dapat skodeng burung..
lagi seronok dapat mandi-manda di kalumpang resort
Post a Comment