Bersempena
dengan Tahun Melawat Malaysia 2014, Tourism Malaysia telah mengambil langkah
drastik bagi mempromosikan produk dan kawasan-kawasan di Kuala Lumpur dan Putrajaya
sebagai satu pusat tarikan pelancong. Baru-baru
Tourism Malaysia dengan kerjasama Majalah Santai Travel dan Sahabat Media telah berkesempatan untuk melawat pameran ‘100 Doraemon Secret Gadgets Expo’ di
Viva Home Expo Hall dan menyusuri tasik indah bersama Cruise Tasik Putrajaya.
……………………………………………………………………………………………….
100
Doraemon Secret Gadgets Expo
Jadi Tumpuan
‘100 Doraemon Secret Gadgets Expo’
telah dilancarkan pada 14 Disember 2013 dan berakhir pada 23 Mac 2014 lalu bersamaan
dengan hari yang ke-100 ulang tahun pra-kelahiran Doraemon yang ke-100. Expo
ini diadakan bertujuan mengeksplorasikan kepelbagaian produk Doraemon kepada
umum serta untuk mengimbau kembali zaman kanak-kanak individu yang membesar
dengan siri animasi ini. 100 Doraemon
Secret Gadgets Expo menonjolkan 100 buah patung Doraemon bersaiz manusia
bersama dengan ‘gadgets’ nya yang
terkenal serta paparan beberapa adegan di dalam siri cerita Doraemon yang
mendapat perhatian pelbagai lapisan masyarakat sehingga peringkat antarabangsa.
Expo
ini disokong penuh oleh Sekretariat Tahun Melawat Malaysia 2014 dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Ia
bukan sahaja menarik perhatian peminat tempatan tetapi peminat animasi daripada
negara jiran seperti Thailand, Singapura, Indonesia, Brunei dan Philippines.
Pengunjung boleh menyaksikan sendiri upacara perkahwinan antara Nobita dan
Sizuka, melihat manuskrip asal Doraemon, mengunjugi Studio Interaktif, merakam
aksi di photo booth, mengambil gambar
kenangan bersama figura Doraemon yang pelbagai dan banyak lagi! Selain
menyaksikan patung-patung Doraemon yang comel ini, pengunjung boleh mendapatkan
pelbagai cenderahati di ruang menjual barangan bertema Doraemon. Terdapat
sebuah kafe yang menghidangkan sajian kegemaran Doraemon seperti Dorayaki dan
Roti Memori.
![]() | |||||
Pintu rahsia... pintu ape aq pun xtau :) |
![]() |
Cerita asalnya, doraemon adalah seekor kucing. disebabkan suatu kejadian telinganya telah digigit oleh tikus robot. Doraemon pun sedih dan menagis semahu-mahunya dek kehilangan telinganya. |
![]() |
Dek kerana terlalu kerap menagnis..maka bertukarla warna asalnya kuning menjadi warna biru.. maka tinggallah doraemon menjadi biru selama-lamanya. |
Makanan dan minuman ringan yang dijual |
![]() |
diantara gajet rahsia doraemon yang pelbagai |
![]() | |
Bilik Nobita |
![]() | |
Padang permainan Doraemon,, Nobita, Sizuka dan rakan - rakan |
![]() |
at the end, tak sangka nobita berjaya mengahwini sizuka |
……………………………………………………………………………………………….
Menyusuri Tasik Indah Bersama Cruise Tasik Putrajaya
Setelah
tamat menyaksikan dan melawat Ekspo Doraemon, kami telah di bawa ke Putrajaya
untuk menaiki Cruise Tasik Putrajaya
(CTP) dan menikmati pakej Footloose &
Cruise yang menawarkan spa urutan kaki sambil berehat dan belayar. Setelah
mendapat urutan kaki dan menikmati udara segar di atas bot pelayaran, peserta Sahabat
Media telah dihiburkan dengan nyanyian artis seperti Iqwal Hafiz, Ayu OIAM dan
Saja Band sambil menikmati hidangan minum petang.
Selain
dapat menikmati pemandangan tasik Putrajaya yang cantik, pengunjung yang
menggunakan perkhidmatan ini untuk beriadah dapat menjamu selera dengan hidangan
menyelerakan serta minuman yang menyegarkan sambil bersantai dan berlayar
bersama Cruise Tasik Putrajaya. CTP juga menawarkan pakej seperti lawatan
bersiar-siar, ‘dining cruise’ dan sewaan bot peribadi. Pengunjung diberi
pilihan untuk memilih antara bot pelayaran atau gondola yang direka khas berbentuk
Perahu Tradisional Melayu. Pastinya, menaiki CTP adalah salah satu aktiviti
wajib sekiranya anda berada di Putrajaya.
Pinu masuk ke ke Cruise Tasik Putrajaya |
Minuman yang disediakan |
Pemandangan di Putrajaya |
Masjid Putrajaya |
Promosi Menarik!
Pelancaran
pakej ‘Cruise & Win’ - Pengunjung tempatan mahupun luar boleh memilih
pelbagai pakej tawaran hebat oleh Cruise Tasik Putrajaya. Antara pakej yang
ditawarkan ialah percutian hujung minggu keluarga, lawatan bisnes atau sosial. Selain
itu para pengunjung juga berpeluang untuk memenangi hadiah bulanan istimewa
sempena kempen ‘Cruise & Win’ dengan hanya membeli tiket pelayaran. Sah
sehingga Disember 2014.
Terima Kasih :
Pejabat Tourism
Malaysia Kuala Lumpur/ Putrajaya
Majalah Santai Travel
M-Mode Media
Sahabat Media
teks: Rabiatul (Santai)
Gambar: Santai
No comments:
Post a comment