Tuesday, 25 February 2014

Pelancaran Pakej Pelayaran StarCruises Bersama Pak Nil



Selepas kejayaan mengadakan Pakej Percutian Muslim Star Cruises bersama peminatnya pada tahun lepas, Datuk Aznil Hj Nawawi atau lebih dikenali dengan Pak Nil sekali lagi melancarkan pakej pelayarannya bersama peminat.

Aznil Nawawi sewaktu di temuramah oleh Media di Saloma Bistro, jalan Ampang, KL
 Sambutan hebat daripada peminat yang menyertai percutian bersama Pak Nil pada 2013 memberikan satu tiupan semangat kepada Pak Nil untuk mengadakan percutian bersama peminatnya pada 6 April – 9 April 2014 ini.

Pelayaran anjuran Star Cruises,  Malaysian Harmony Tour & Travel Sdn Bhd dan  Santai Travel merupakan satu usaha untuk memperkenalkan percutian di atas kapal di samping mempromosi pakej percutian bersama peminat Pak Nil sekali gus sebagai satu penghargaan kepada semua peminat Pak Nil yang telah menyokong kerjaya beliau sepanjang lebih 24 tahun penglibatan beliau sebagai penggiat seni.

Menurut Pengarah Urusan Malaysian Harmony Tours and Travel, Encik Cooper Huang  percutian di atas kapal merupakan satu percutian yang ideal dan mudah.
“Bercuti atas kapal ini sebenar amat menyenangkan. Setelah daftar masuk, tidak perlu lagi tukar hotel atau bilik seperti percutian normal. Makanan dihidangkan empat kali sehari. Semuanya telah termasuk dalam pakej yang telah dibayar. Tiada caj tambahan diperlukan,” kata Cooper  Huang.

Ditanya mengenai pakej percutian bersama Pak Nil  yang akan diadakan pada bulan 6 April ini, beliau menambah bahawa Pak Nil merupakan seorang ikon di Malaysia. Buat mereka yang bakal mengikuti pakej ini pada bulan April  nanti, program khas telah dirancang khusus untuk peminat Pak Nil. Selain itu mereka yang mengikuti pakej ini akan mendapat kad akses eksklusif dan pelbagai cenderamata istimewa.

Sementara itu menurut Datuk Aznil Hj Nawawi, orang ramai patut mencuba percutian atas kapal ini dan membuang tanggapan negatif mengenai percutian ini. “Menerusi pakej pelayaran bersama Kapal Superstar Libra ini, anda tidak perlu rasa was-was untuk menjamu selera kerana kapal ini dilengkapi dengan sebuah restoran makanan halal  yang telah menerima sijil Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).  Selain itu kapal Superstar Libra baru-baru ini telah dinaiktaraf dan diubahsuai untuk memberikan keselesaan yang baru kepada semua penumpang,”katanya.

SuperStar Libra adalah barisan kapal mewah milik Star Cruise, peneraju utama pelayaran di Asia Pasifik yang turut berpangkalan di Kuala Lumpur. Direka bagi memenuhi keperluan penumpang yang inginkan percutian di tengah lautan dengan suasana lebih tenang dan lengkap dengan pelbagai kemudahan. Ia adalah resort eksklusif yang terapung di laut lepas di samping hiburan serta aktiviti rekreasi serta layanan mesra kru bertaraf Asia yang menyeronokkan. Terdapat enam jenis kabin yang ditawarkan mengikut cita rasa penumpang iaitu Executive Suite, Junior Suite, Deluxe Oceanview Stateroom, Oceanview Stateroom with Window, Oceanview Stateroom with Porthole serta Inside Stateroom.

Fira & Pak Nil di Matta Fair 2013
Mengenai aktiviti di SuperStar Libra, kapal mewah itu menawarkan hiburan dari semasa ke semasa bergantung kepada had umur pelancong. Kanak-kanak berpeluang mempelajari seni dan kraf seperti membuat origami, deko kek cawan serta lukisan wajah.

Hiburan malam dengan barisan penghibur adalah kru kapal manakala jemputan istimewa penyanyi dan penari dari luar negara seperti Shelly Dartez dan Westley Stevens. Persembahan itu di adakan di Stardust Lounge dengan beberapa tema seperti Show Time (Ultimate 80’s) menampilkan persembahan ala 80-an.Jika gemarkan suasana santai diiringi alunan suara ‘liveband’, lokasinya di Galaxy of the Stars dengan pelbagai muzik terbaru.

Di ruang atas yang terbuka, ia menempatkan beberapa restoran berbayar bersama pusat kecergasan, spa serta lounge. Ia turut mempunyai salun rambut dan kecantikan, perpustakaan mini, pusat kesihatan, galeri foto serta pusat penjagaan kanak-kanak dari satu hingga empat tahun dan lima hingga 12 tahun dengan bayaran antara RM10 hingga RM15.

Diantara Pakej Percutian Starcruises bersama Pak Nil