Thursday, 8 May 2014

Novel vs Cerpen:Berikan Aku Ruang Siri 2

Karya: adikfira
Khamis 8/5/2014 : 4.21pm
_____________________________________________________
 
       'Zhia, ni bilik kau.. tido la sini buat sementara waktu.. nak menetap terus pun xpe.. lagipun aku berdua jer dalam rumah ni dengan Maya..dia pun selalu outstation..tinggal aku sorang-sorang.. kau tinggal dengan aku dulu yer..kau rehatla dulu.. buat macam rumah sendiri.. jangan risau..Aku paham keadaan kau.. sabar banyak-banyak..' . Sebar dada Sya memikirkan hal rakan baiknya itu, Zhia.  Terkejut dengan menerima panggilan telefon secara tiba-tiba semasa dia sedang membelek-belek majalah kesukaannya Majalah Wanita.  Mujur dia di rumah ketika itu. Apalah akan jadi pada nazib Zhia kalau dia tidak munculkan diri pada malam ini.  Dengan kehidupan Kuala Lumpur yang sesak dan asing bagi Zhia.  Sepangjang perjalanan mengambil Zhia di Stesen Pudu Kuala Lumpur balik ke rumahn itulah Zhia telah menceritakan segala-gala kepadanya.


        'Terima Kasih Sya.. aku tak tau dengan sapa lagi aku patut minta tolong.. nasib baik ada kau Sya, kalau tak, tak tau  macam mana dengan nasib aku sekarang ni.  silap haribulan merempat aku, atau jadi mangsa lelaki kat luar sana.  Aku terhutang budi sangat-sangat kat kau Sya.  Aku janji satu hari nanti aku akan balas jasa kau..Hanya Allah s.w.t yang dapat membalasnya'. Terharu Zhia atas pertolongan rakan karibnya itu.  Bersyukur sangat-sangat Sya dapat menolongnya.  Ternyata dia tidak tersalah mengambil keputusan untuk menghubungi Sya.  Sejurus selepas Sya memjawab panggilannya, dia terus diminta oleh Sya untuk menunggu Sya di kawasan Stesen Puduraya .  Pesannya lagi, carila tempat yang ramai orang untuk keselataman Zia sementara menunggu Sya sampai.  Di ikutkan permintaan sahabatnya itu. 

         Sampai sahaja di rumah rakannya, sekali lagi Zhia terpegun dengan rumah, serta hiasan rumah tersebut.  Walaupun taraf sebuah Apartment sedikit beza dengan sebuah Flat, tetapi mungkin kerana Sya menjaga rumah sewa itu seperti rumahnya atau Sya seorang yang Pengemas atau Pembersih. Zhia tidak nampak cacat celanya didalam rumah itu.. Ianya tersergam indah.  Perabot serta susun atur hiasan dalamnya tidak seperti Apartment atau Flat yang diduduki oleh segelintir penyewa.  Ia seakan-akan sebuah Kondominium.  Tiga bilik tidur dan Dua bilik air. Ruang tamu yang agak besar dan selesa serta dapurnya terletak dipintu masuk Apartment.  Ternyata Sya mungkin ketua rumah sewa tersebut kerana kedudukan bilik Sya terletak di bahagian tengah iaitu bilik utama dan terdapat bilik air didalamnya.  manakala bilik yang diberi tumpang oleh Zhia, adalah bersebelahan dengan bilik air luar.  Agak kecik tetapi cukup baginya.  Zhia mengandaikan bahawa mungkin bilik Mia sedikit besar darinya.  Mungkin dia akan ketemu dengan gadis yang bernama Mia satu hari nanti.

          Tentang bapa dan mak Zhia pula, tidak terniat dihatinya untuk tidak menghubungi bapanya itu.  Tapi Zhia harap bapanya akan faham bahawa dia memerlukan masa sehingga dia benar-benar selesa di negeri orang.  Terfikir dibenaknya bahawa dia akan mencari pekerjaan.  Segan dengan Sya yang begitu besar pertolongan dan pengorbanannya.  Dia juga berjanji kepada dirinya sendiri bahawa dia tidak akan menyusahkan Sya lagi.

          **************************************************************

          












Wednesday, 7 May 2014

Percutian : Starcruise Belayar bersama Aznil & Peminat

Starcruise~Penang-Langkawi-Phuket


Hari Pertama -6 April 2014 Ahad:
Bersama rakan media

Kalau tahun lepas admin pergi bersendirian bersama geng-geng media, tapi kali ini pada 6-9 April 2014 sekali lagi admin pergi melancong menaiki Starcruise bersama suami tercinta dan beberapa orang media.  Tak lupa juga Orang penting yang memeriahkan sepanjang program tersebut iaitu Dato Aznil Haji Nawawi bersama Peminatnya seramai 170 orang.  Kalau sebelum ini laluan pelayaran adalah dari Penang-Phuket-Krabi tetapi bersempena dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2014, sedikit perubahan laluan telah dilakukan oleh pihak pengurusan Starcruises di mana destinasi kapal Superstar Libra kali ini  berhenti di Pulau Langkawi dan kemudian singgah di Phuket.Laluan Pulau Pinang – Pulau Langkawi – Phuket. Ia diselangselikan dengan laluan Pulau Pinang – Krabi – Phuket – Pulau Pinang bermula pada April 2014 sehingga penghujung Disember 2014. Seperti biasa, untuk menyambut pelayaran sulung laluan Pulau Pinang – Langkawi – Phuket – Pulau Pinang, Starcruises dengan kerjasama Malaysian Harmony Tour & Travel dan Majalah Santai Travel.




 Apa yang menarik bagi pelayaran kali ini ialah sambil melancong sambil timba ilmu dan melawat kawasan bersejarah di Langkawi, Kedah;
  • Dataran Lang
  • Pekan Kuah
  • Makam Mahsuri
  • Underwater World

Dek kerana bangun awal pagi pukul 4.30 pagi serta mengemas segala kelengkapan dan singgah di Masjid KLCC untuk solat subuh pagi itu.Perjalanan yang agak letih dari tempat pusat perjumpaan kami iaitu dihadapan Berjaya Times Square, Jalan Imbi Kuala Lumpur mengambil masa selama 5 jam untuk sampai ke Pulau Pinang maka kami meluangkan masa dalam bas hanya untuk tidur.

Sampainya admin dan media serta pelancong lain di jeti Pulau Pinang dalam pukul 1 petang, kami terus check in didalam Starcruise.  Untuk pengetahuan pembaca, bahasa perantaraan didalam Starcruise adalah pengunaan Bahasa Ingeris kerana dikalangan pekerja mereka adalah terdiri daripada warga Filipina, Vietnam, Indonesia, Korea,Jepun dan lain-lain lagi.  so Beruntungla kalau jumpa pekerja Indonesia boleh faham Bahasa melayu..dalam masa yang sama boleh perbaiki Bahasa Inggeris kita.  Sampai sahaja kami dalam kapal terus adanya aktiviti bersama Aznil dan makan tengahari di Deck 5.
 


Songkran Atas Kapal

Menariknya lagi,sedikit kelainan untuk pelayaran kali ini. Istimewanya, tarikh pelayaran ini hampir dengan tarikh pesta sambutan tahun baru Thailand atau lebih dikenali dengan nama Songkran atau lebih dikenali sebagai Pesta Air.


Hari Kedua - 7 April 2014 Isnin
  

Pada pagi Isnin, sebaik kapal berlabuh di Jeti Awana Porto Malai Langkawi, kami menaiki bas menuju destinasi pertama di Langkawi iaitu Makam Mahsuri. Lawatan yang sebeginilah admin katakan percutian sambil menimba ilmu.  Untuk pengetahuan pambaca:

Sejarah Langkawi 
Langkawi bermaksud daripada 2 perkataan iaitu Burung Helang dan Batu Kawi.

Pekan Kuah
Ini la Contoh ubat Minyak Gamat. Bukan nak tonjolkan hero 3 orang tu yer..hihih

Kat sini kami melawat kilang/kedai Minyak Gamat.  Seperti yang sedia maklum, minyak gamat mempunyai khasiat yg tersendiri untuk kesihatan kita.  Daripada dalaman atau pun luaran.  Pelbagai ubat traditional berasaskan gamat boleh ditemui di sini.  Baik dari hujung rambut hinggalah hujung kaki.  Ubat yang popular adalah Minyak Gamat itu sendiri.  Tapi ada jugak losyen gamat, ubat urut angin, syampu, ubat batuk..dan macam-macam lagi.

Sejarah Mahsuri 

Semasa mula-mula bapa mahsuri dtg ke langkawi bapa mahsuri hanya bekerja sebangai pencari kayu api di hutan, jadi 1 hari semasa perjalanan pulang bersama kayu api dia telah terdengar suara tangisn bayi, dan dia telah melihat keadaan sekeliling tetapi tidak menemui apa apa didalam hutan itu.dan dia dapati tangisan itu telah keluar dari sekeping kerak nasi dan dia memungut kerak nasi ini dan membawa pulang dan memberikan kepada istrinya Mak Andam dan mereka telah memakan kerak nasi ini bersama-sama.  Maka pada 1 malam mereka telah mendapat mimpi yang mereka akan menemui sesuatu dibahagian dapur rumah mereka.  Apabila mereka menjengah ke dapur pada keesokan paginya, mereka telah terkejut kerana telah mendapati seekor itik berkepala ular yagn diberi nama Cinta Manin dan telah menangkap itik ini dan memakannya dan selang 9 bulan 10 hari Mak Andam telah melahirkan seorang bayi yang sungguh cantik dan comel yang diberi nama Mahsuri oleh bidang yang merawat.Mahsuri telah dikatakan lahir pada 27 Ramadhan Malam LailatulQadar dan dikatakan ketika Mahsuri dilahirkan, semua air di perigi dan di telaga, Sungai2 di langkawi menjadi Beku dan Bunga serta Daunan berbau harum untuk menyambut kedatangan bayi ajaib ini.  Maka apabila Mahsuri meningkat dewasa, beliau menjadi seorang gadis yang cantik rupawan serta banyak pemuda kampung yang tertarik dan mengahwini Mahsuri.1 hari berita tentang mahsuri telah sampai kepengetahuan Pemerintahan ketika itu iaitu Dato Karma Vijaya.  Dato begitu tertarik dan ingin mengawini Mahsuri.  tetapi pada masa yang sama  dia telah pun beristeri.Dan isterinya yang bernama Mahurai tidak membernarkan suaminya mengahwini Mahsuri. Bagi membatalkan hasrat suaminya..Mahurai telah menyuruh adik bongsunya yang bernama Wan Darus mengahwini Mahsuri.  Bapa Mahsuri asalnya sangat miskin.  Tetapi bila Mahsuri dilahirkan kebumi ini, daripada kehidupan yang daif beliau menjadi seorang yang kaya raya. 



Oleh kerana bapa Mahsuri seorang yang kaya rayabapanya mengadakan kenduri kahwin Mahsuri selama 7 Hari dan 7Malam secara besar-besarkan.  setelah beberapa bulan, Mahsuri telahpun hamil tetapi pada masa yang sama, Suaminya terpaksa meninggalkan Mahsuri berseorangan kerana beliau perlu menentang angkatan tentera Siam di Thailand. Sepangjang ketiadaan suaminya, Mahsuritelah berbuat baik dengan seorang pedagang dan juga perantau yang diberi nama ,Dramang yang berasal dari Sumatera.  Dramang terkenal dengan rupa parasnya yang sangat elok ,serta pandai bersajak berpantun dan berpuisi bergurindam dan sentiasa menghiburkan hati Mahsuri .dan pada 1 hari , isteri Dato Karmajaya telah membuat helah telah memberitahu suaminya dia ingin kerumah Mahsuri untuk mendengar Dramang bercerita.  Tetapi belum pun sampai kerumah Mahsuri, dipertengahan jalan, Mahurai telah berpatah balik kerumah dan menangis teresak-esak dan memberitahu kepada Dato Karma bahawa dia telah melihat dengan mata kepalanya sendiri bahawa Mahsuri dan Dramang telah melakukan perbuatan yang sumbang.  Dato percaya bulat-bulat apa yang isterinya tanpa usul peringkat. Maka, Beliau telahpun menghantar seangkatan pasukan tentera untuk menangkap mereka berda.  Mahsuri apabila telah mendapat perkhabaran bahawa Dato telah menghantar bala tentera untuk menangkap mereka berdua maka dengan itu mereka telah berlari kedalam hutan dan ketika berlari kedalam hutan,Mahsuri telah pun sempat melahirkan anak dan menyusukan anaknya dengan hanya sekali susuan sahaja yang diberi nama Wan Hakim dan telah menyerahkan anaknya kepada Dramang untuk dibawa lari jauh-jauh. Akhirnya, nyawanya sendiri yang menjadi pertaruhan.  bala tentera Dato karmaVijaya telah berjaya menjejaki Mahsuri dah berjaya menangkapnya dan mengheretnya kepengkalan di mana disitu dia telah  diikat disabatang poko asam.  Mereka juga telah membunuhnya dengan pelbagai senjata selama 7 hari & 7 malam tetapi sebarang senjata tidak lut kebadannya. Lalu, mahsuri membuka rahsia yangdia hanya boleh dibunuh hanya dengan menggunakan kerisnya sendiri yang tersimpan didalm rumah.  Lalu, Dato karmaVijaya mengarahkan seorang ketua panglima yang bernama Arya untuk mengambil keris Mahsuri dan menjatuhkan hukuman bunuh terhadapnya.  


Arya sebenarnya tidak sanggup membunuh Mahsuri kerana beliau tahu Mahsuri tidak bersalah dan dituduh. Tetapi sekiranya dia tidak membunuh Mahsuri,Dato karma akan membunuh beliau.Jadi dengan berat hati dia terpaksa membunuh juga Mahsuri dan sebelum Mahsuri dibunuh, Mahsuri juga sempat berkata 'Oh Tuhanku, Buktikan sekiranya aku tidak bersalah,darah yang keluar dari tubuhku ini berwarna putih'. jadi memang benar bila sahaja keris terpacak maka keluarlah darah bewarna putih dari tubuh Mahsuri dan darah ini tidak tumpah kebumi tetapi meresap diudara.  lalu, mereka berasa amat gerun dan takut sehingga timbul keinsafan dihati mereka bahwa mereka telah melakukan kezaliman terhadap Mahsuri. Sebelum mahsuri rebah ketanah, mahsuri telah berdoa dan bersumpah yang langkawi tidak akan aman dan tenteram selama 7 keturunan.  Langkawi akan jadi padang jarak padang terkukur.. Maka, langit yang cerah tiba-tiba menjadi gelap, awana berarak begitu pantas,hujan turun begitu lebat kilat sambung menyambung seolah-olah meratapi kematian Mahsuri..Suami mahsuri bila mendengar  berita tragis yang menimpa isterinya, dia berasa begitu sedih dan pilu dan membawa diri ke Bukit Thailand bersma anaknya Wan hakim dan tidak kembali lagi ke Pulau Langkawi.  Dan dipercayai salasilah Keluarga mahsuri masih lagi wujud di Kampung Kamala,Phuket Thailand.

Aquaria:Underwater World

Sebenarnya admin dah lama nak pergi aquaria ni.. tp xberkesempatan.. tp alhamdulillah akhirnya dapat masuk dalam aquaria ni.. hope enjoy tengok gambar-gambar ikan.. tinggal niat nak pergi aquaria kt KL jer belum ditunaikan lagi. Macam2 species yang terdapat dalam aquaria ni.  Ikan yang kita xpernah nmpak pun ada.


Harga Tiket:
Warganegara dengan Mykad
Dewasa - RM28
Kanak-kanak - RM18

Pelancong Asing
Dewasa - RM38
Kanak-kanak - RM28
 

Waktu Operasi  
Isnin - Ahad :10.00 pd - 6 ptg
Cuti Awam : 9.30 pg - 6.30 ptg 

Sebarang maklumat:
Underwater World Langkawi
Pantai Cenang, Mukim Kedawang,
07000 Pantai Cenang
No.Tel:04-955 6100


Hari Ketiga - 8 April 2014 Rabu

Phuket - Phatong/ Jungceylon
Hari ni adalah hari terakhir pelancong untuk membeli-belah atau menghabiskan duit matawang Thai Bath...heheheh Banyak jugak la yang admin beli.. admin relax jer.. tapi husband admin yang 1st time datang Phuket.. xkeruan dibuatnya.. harga murah.. dah admin katakan xcukup tukar duit 1000 Bath (Rm 100.00) jer..kan da..den koba dogel.... last-last bayar pakai duit Malaysia....heheheh..tapi tak semua kedai di Thailand atau Phuket ini menerima matawang Malaysia.
Sama Kaum sejenis katanya....
Kami memang Shopping sakan.. Tapi kena pandai survey dan tawar menawar.  dan boleh hilangkan stress kerja dengan berurut.  Harga urut pun murah.  rupanya Plaza Junceylon pun murah2 harga barangnya. rugi admin tak masuk awal2. dok perabis duit kat kedai luar tepi-tepi macam bazar. Lepas ni kalau pergi Phuket lagi just nak shopping kat dlm Plaza ni jer..Aircond pun Aircond.Tak payah susah-susah panas terik.  Macam mana admin boleh tau dalam Plaza ni murah.. sebab masa tu nak cari surau.. Tak tahu la orang Thai ni panggil surau apa..punyala susah nak dapat info.. Admin tanya 'mosque' or place/room for muslim to pray... Punya la Blurr orang Thai ni. rupanya 'Musollah'...bahasa Arab You... Hebat orang thai ni... lepas ni xpayah susah-susah nak terangkan..hahahahha

 Aktiviti dengan Dato Aznil

Aznil Bersama Peminat
Malam Pelikat & Batik serta Coklat Party

Peminat yang berjaya memasuki peringkat akhir rebut kerusi..hahha
 

Itu sahaja dari admin.. jangan sengan silu untuk baca lagi entry akan datang.. Harap Enjoy!!!!


Terima Kasih:
 Malaysia Harmony Travel & Tours Sdn Bhd
 21a Jalan Tong Shin, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
03-2145 4226

Terima Kasih juga kepada:
Majalah Santai Travel
M-Mode Media
Rakan-rakan Media

Monday, 5 May 2014

Sahabat Media Cuti-Cuti 1Malaysia VMY 2014:Wings of KKB, Hulu Selangor

Wings of KKB

Menariknya mengenai Wings of KKB ini ialah, ia merupakan pertandingan memerhati burung pertama di Malaysia yang memerlukan peserta bergerak dari satu altitude ke satu altitude yang lain dan membolehkan peserta melihat dan mengenalpasti pelbagai spesies burung mengikut perbezaan ketinggian dari aras laut.

………………………………………………………………………………………………………..

Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) telah menganjurkan Selangor Birds Race yang ketiga pada 25 – 27 April 2014 lalu. Dengan penglibatan Resorts World Genting dan selaku penaja utama program pada kali ini ia telah memeriahkan lagi program tersebut. Objektif utama MDHS menganjurkan program Wings Of KKB ini adalah bertujuan untuk memupuk kesedaran orang ramai secara amnya dan pelajar secara khususnya mengenai kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar terutamanya dengan aktiviti memerhati burung ini. Sekali gus acara ini dapat mennjolkan Kuala Kubu Bharu dan MDHS kepada orang ramai.

Sekali lagi Sahabat Media telah diberi kesempatan untuk menjejakkan kaki ke Kuala Kubu Bharu (KKB), baru-baru ini kami telah diberi peluang untuk merasai aktiviti mengintai burung tetapi pada kali ini kami telah berpeluang untuk melihat acara tahunan mereka iaitu Wings Of KKB atau Selangor Bird Race yang diadakan buat kali ketiga pada pada April yang lalu. Setibanya kami di KKb kami sempat menyaksikan acara Pelepasan bagi peserta Kategori Terbuka, IPTA/IPTS dan Fotografi dan seterusnya dibawa ke lokasi-lokasi ‘checkpoint’ acara Bird Race ini. Dengan kesempatan ini dapatlah kami melihat gelagat peserta sepanjang acara ini berlansung, ada yang sibuk pandang keatas dan meneropong menerusi pokok-pokok untuk mengintai dan mengenalpasti spesies burung.

Antara kategori yang dipertandingkan ialah, Kategori Sekolah dan Terbuka serta pada tahun ini dua kategori telah ditambah bagi merancakkan lagi program, kategori tersebut adalah Kategori IPTA/IPTS dan Fotografi dan Mini Explorace untuk pelajar sekolah rendah dan menengah telah memeriahkan lagi acara ini. Seperti tahun sebelumnya, kategori sekolah berlangsung dimana pelajar akan memerhati burung di sekitar Bandar Kuala Kubu Bharu (KKB) sahaja dan bagi kategori terbuka, IPTA/IPTS dan Fotografi pula peserta perlu bergerak ke sepuluh checkpoint, bermula di Bandar KKB, Taman Milenium, Kolam Air Panas, Hulu Tamu, Hutan Lipur Pelajaran, Sungai Kedondong dan tamat di Resorts World Genting.

Tidak terteumpu hanya kepada penyertaan tempatan Wings of KKB pada kali ini turut disertai oleh peserta dari Jepun dan Indonesia selain itu penyertaan oleh beberapa buah IPTA/IPTS juga tidak ketinggalan. Pelajar sekolah yang menyertai pertandingan Mini Explorace ialah dari Sekolah Kebangsaan Sri Layang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sulaiman MRSM Kuala Kubu. Acara ini memerlukan para peserta untuk mengenalpasti nama burung, membuat serunai menggunakan daun untuk memanggil burung, menyusun ‘puzzle’ dimana mereka perlu mencari kepingan-kepingan puzzle tersebut di kawasan sekitar terlebih dahulu dan banyak lagi.

Wings of KKB diteruskan pula dengan Pelepasan bagi acara Mini Explorace dan penyerahan Log Book bagi kategori Terbuka, IPTA/IPTS dan Fotografi. Majlis disempurnakan oleh YB Dato’ Musa Yusof, Pengarah Tourism Malaysia Bahagian Pemasaran Domestik. Manakala bagi acara penyampaian hadiah bagi kategori Terbuka, IPTA/IPTS dan Fotografi pula telah disempurnakan oleh Cik Katherine Chew, Timbalan Presiden Komunikasi dan Perhubungan Awam Resort World Genting dan Puan Nurul wakil dari MDHS. Pemenang bagi kategori Fotografi te;ah dimenangi oleh Mohd Suhaimi Mohd Yusof dari Putrajaya, manakala bagi kategori IPTS/IPTS telah dimenangi oleh kumpulan Mgpie Robin dan bagi kategori tebuka telah dimenangi oleh juara bertahan iaitu 3 Harriers. Tidak ketinggalan kumpulan media juga diberi kesempatan untuk menyertai pertandingan bagi kategori Fotografi Media dan telah dimenangi oleh Suhaizul Izhar. 

Pemenang Bird Race Photo yang: Tempat Pe1: Danis (Malaysia Travellog), ke2:S.S Kanesan (Star Metro), ke3:Faisal Jaafar(Bernama) & ke4:Hamizah Kamaruddin(www.dikbee.com)

Satu  majlis perasmian dan Gala Dinner Wings of KKB 2014 anjuran MDHS bertempat di Awana Genting . Majlis tersebut telah dimeriahkan lagi dengan persembahan tarian tradisional  Melayu dan Kerinci serta deklamasi puisi Si Peninjau Burung karya nukilan Puyuh atau Kamarudin Harun. 





Tamatlah sudah acara Wings of KKB kali ketiga ini, tetapi perjalanan Sahabat Media masih diteruskan, kami telah dibawa ke beberapa lokasi lain untuk dilawati. Antara tempat yang Sahabat Media sempat berkunjung ialah Bee Farm dan Strawberry Park. Ramai yang kelihatan teruja apabila seorang ‘tour guide’ menerangkan mengenai spesies dah habitat lebah serta madunya. Lebah merupakan tarikan utama tempat ini tetepi ia juga mempunyai tarikan lain seperti Muzium Mini Serangga seperti rama-rama dan pelbagai spesies kumbang. Ramai yang merebut kesempatan ini untuk membeli cenderahati dan mengambil gambar bersama koleksi rama-rama dan kumbang besar yang terdapat di sini serta menikmati air madu lebah yang sangat enak dan menyegarkan tekak. Manakala di Strawberry Park pula, para sahabat media teruja melihat buah strawberi yang kemerah-merahan dan seakan bentuk hati ini. Selain daripada strawberi, disitu juga terdapat pelbagai jenis bunga-bungaan seperti Lavender,Ros, Kekwa dan banyak lagi. Aneka jenis cenderahati yang berunsurkan strawberi boleh didapati disini untuk dijadikan tanda kenangan berada di Strawberry Park Genting.  
 




 

 

 

 

 Penghargaan ribuan Terima kasih kepada:

Tourism Malaysia

Majlis Daerah Hulu Selangor (Pn.Azlina,Pn.Nurul, En.Azman & En.Idros)

Strawberry Farm Genting

Bee Farm Genting

Majalah Santai Travel

M-Mode Media Sdn Bhd


Teks: Rabiatul (Santai Travel)

Foto: Santai Travel