Wednesday, 3 August 2011

mimpi yang tidak pasti

andai ku diberi pilihan..
aku tidak mahu ia berlaku..
tentang mimpi ngeri
sebuah kehilangan..
cukuplah..
kerana aku jua
pernah merasakannya..
amat perit tika itu..
mengenangkan kembali..
suatu harapan tanpa restu..


Namun..
aku tidak punya pilihan..
untuk mengubah keadaan..
disebalik yang terjadi..
ku tunggu harapan..
dalam apa jua keputusan..


hari berlalu umpama duri..
menyentak hati yang pedih
kekosongan dirasai..
kesunyian membelenggu diri..
kesepian tidak terasing lagi..
kebahagiaan umpama mati.


peluang itu tidak kelihatan.
menonjolkan diri..
ku harungi laluan itu..
walaupun perit dirasai..


Tuhan..
kekuatan ku hanyalah palsu..
semangatku berlalu..
hanya Kau tempat aku mengadu..
serahkan segala yang terbuku..
dalam hati sanubariku..


nukilan adikfira
rabu 3.8.2011
5.50 ptg

No comments: