Wednesday, 27 July 2011

sajak buat mak...


kini..
genap setahun mak pergi...
kami melewati hari kehidupan tanpa mak disisi..
segenap ruang dan tiap zarah,
kenangan bersama mak sentiasa diingati..
onak duri dilalui...
cabaran mendatang...
belum pasti mampu ditangani..
namun, tetap jua akan diharungi..

mak..
sahabat handai kadangkala mengingati..
lantas datang menziarahi..
tapi mak..
tak semua jasa di ingati..
seolah dibuang ketepi..
malah,
cerita lain datang silih berganti..
xsedap untuk didengari..
sehingga melampaui kudrat ilahi..
dan tak mampu dihalangi...

mak..
bersama ini..
gerangan budiman tonjolkan diri..
entah mana hilangnya topeng sanubari...
bercerita sana sini..
memperjuangkan hak yang belum pasti..
kerana ketamakan duniawi..
kononnya untuk membela diri..
dan jaga maruah diri..
padahal,
terselindung kepentingan peribadi..
untuk kepuasan diri sendiri..

mak...
kami hanya menjadi pemerhati..
hanya mendengar khabar berita datang dan pergi...
tidak akan bertindak sesuka hati..
kerana kami tahu,
tuhan menyebelahi...
kerana kami digelar mewarisi..
segala penat lelah yang mak cari..
untuk kesenangan hakiki...

tapi mak..
tak lupa juga yg baik hati...
tunjukkan keikhlasan diri..
dan akan di ingati..
sampai mati..


buat mak..
hanya kenangan.
air mata kerinduan dan doa,
mampu mengiringi..
semoga kita akan berjumpa di syurga satu hari nanti...

mak..
tunggulah pemergian kami...
dipintu syurga firdausi...

nukilan adik/fira
12.54am
19.6.2011
setelah selesai kenduri arwah setahun 18.6.2010..

No comments: